Recommended Post Slide Out For Blogger
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Aplikasi Lucah Versi BM Di Smartphone Berleluasa


KOTA BHARU – Awas jika melihat anak-anak anda leka bermain telefon bimbit, mungkin mereka sedang asyik membaca novel lucah.

Novel elektronik berahasa Melayu dikesan boleh dimuat turun secara mudah dan percuma menerusi telefon dan tablet pintar sejak 28 Ogos lalu dan sejak kewujudannya, 100,000 orang sudah dicatatkan memuat turun aplikasi tersebut.

Kurang tiga minggu wujud, aplikasi itu mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutama ibu bapa yang bimbang anak mereka menggunakan aplikasi itu sekali gus menjejaskan akhlak dan moral anak-anak mereka.

Seorang bapa empat anak yang juga penjawat awam, Salleh, 49, berkata, beliau risau remaja yang sedang meningkat dewasa terdedah dengan bahan tidak bermoral seperti itu.

Katanya, anak-anak moden sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak zaman dahulu, mereka kini masing-masing memiliki telefon bimbit sendiri malah ada di antaranya memiliki telefon dan tablet pintar yang mencecah ribuan ringgit.

“Golongan ini lebih arif tentang gajet dan mereka sudah tentu mengetahui kewujudan aplikasi ini, lebih-lebih lagi ia diletakkan dalam mekanisme yang sangat mudah untuk diperolehi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau memohon pihak berkuasa memantau perkara ini dan memikirkan semula kewajaran membenarkan aplikasi itu.

“Jangan memandang perkara ini sebagai isu remeh kerana ia babitkan moral dan anak-anak kita kelak,” katanya.

Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher


Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.
Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher

Biarpun beria-ia ustazah tersebut mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.


sumber

Table Keluaran 1Malaysia Dipasarkan

Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.




"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.

Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.




 Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem Android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G.

"Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.





Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.





Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara. - BERNAMA



Dangi Diiktiraf Lelaki Terpendek Di Dunia


KATHMANDU - Seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi dari sebuah kampung terpencil di barat daya Nepal diiktiraf semalam sebagai lelaki paling pendek di dunia selepas ketinggiannya diukur oleh beberapa pegawai Guinness World Records.

WAJAH Chandra Bahadur Dangi semasa dia diukur.

Dangi setinggi 54.6 sentimeter (sm), 5.3sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelum ini, Junrey Balawing dari Filipina.

"Saya berasa amat gembira," kata Dangi kepada pemberita.

"Saya akan bekerja untuk mempromosikan negara saya ke seluruh dunia," tambahnya.

Dangi yang seberat 12 kilogram juga diisytiharkan sebagai manusia paling pendek pernah direkodkan sekali gus mengambil alih tempat Gul Mohammed yang setinggi 57sm sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1997 semasa berumur 40 tahun.

"Saya terus-menerus berasa takjub bahawa rekod ini terus dipecahkan," kata Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dalam satu kenyataan selepas ketinggian Dangi diukur di sini.

Menurutnya, jika umur Dangi betul, dia akan menjadi individu paling tua yang memiliki rekod dalam sejarah 57 tahun Guinness World Records.

Dangi tinggal di daerah Dang, 350 kilometer dari sini.

Dia pernah menyatakan sudah terlalu tua untuk berkahwin tetapi masih berminat untuk mengembara ke negara-negara lain.

Beberapa pegawai Guinness World Records menyatakan mereka masih belum mengetahui punca yang menyebabkan Dangi menjadi pendek.

Dangi pernah menyatakan bahawa dia dijadikan bahan sarkas semasa muda oleh beberapa saudaranya.

Masak Mayat Suami Untuk Menghapuskan Bahan Bukti


 Beijing - Seorang wanita ditangkap kerana mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan dalam usaha untuk melupuskan bukti.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.
Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu’an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru.
Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk tekanan tinggi.


Dia memotong mayat suaminya dan memasaknya di dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak.
Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.


Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap.


Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat. - Agensi

Pelajar Perempuan Parah Selepas Cubaan Terjun Bangunan Sekolah


KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.

Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.

"Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. - Bernama

Subhanallah! Bayi Ini Terjatuh Dalam Lubang 10m Tapi Masih Hidup


Seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini telah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin.

Bayi berusia 14 bulan itu dan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang. Lubang tersebut sedalam 10 meter.

Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.

Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Punca kejadian masih disiasat

(2 GAMBAR ) Mayat Kes Buang Bayi Di UITM Dungun Terengganu

Gambar penemuan mayat kes buang bayi di UITM Dungun Terengganu. Hangat diperkatakan apabila seorang pelajar wanita telah membuang bayi kandungannya yang baru lahir dari lubang tandas. Mayat bayi itu ditemui oleh pekerja kontrak ketika menjalankan kerja membersih loji kumbahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Mayat bayi yang ditemui dalam keadaan tertiarap disahkan perempuan dan ditemui dengan keadaan tengkoraknya pecah.



Dirogol Kenalan WeChat


JOHOR BAHRU – Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini semalam meluahkan kekesalan ke atas seorang remaja yang dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya dalam tempoh dua hari menerusi aplikasi WeChat di tepi tangga sebuah pangsapuri.

“Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu?
“Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani dengan sinis kepada tertuduh, Muhammad Amirul Yusman (gambar), 18.

Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini.

 -kosmo

Surau Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi Dirobohkan


KOTA TINGGI – Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dirobohkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri.
“Kerja-kerja meroboh surau dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan termasuk kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, kerja-kerja merobohkan surau yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu terpaksa ditangguhkan pada pukul 3 petang semalam kerana hujan dan akan disambung semula hari ini.
“Surau tersebut sudah 80 peratus dirobohkan dan saya yakin isu ini sudah selesai,” kata beliau.

Pada 12 Ogos lalu, beberapa akhbar mendedahkan klip video yang tersebar melalui Facebook mengenai aktiviti sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau tersebut.
Pendedahan tersebut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sehingga seorang rakyat Singapura yang merupakan pemilik pusat peranginan itu dilucut taraf pemastautin tetap (PR) oleh Kementerian Dalam Negeri.
-kosmo

Senarai-Senarai Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN


Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu). Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak. Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah. 


Senarai kumpulan kongsi gelap:

1. Geng 04
2. Geng 08
3. Double 7
4. Tiga Line
5. Geng 30
6. Geng 38
7. Geng 24
8. Geng 18
9. Geng 36
10. Geng 21
11. Ang Soon Thong
12. Wah Kee
13. Sio Sam Ong
14. PNEH
15. Hong Hong San
16. Hai San
17. Siang Ang Bin
18. New Cell 20
19. Jit It Hai
20. Sio Koon Tong
21. Gee Lam Kor
22. Gee Leng Hor
23. Loh Kuan
24. Tiang Yee Tong
25. Geng Leng Hor
26. Geng 35
27. Geng 303
28. Geng Satu Hati
29. ATAP
30. Hung Ann
31. Sui Yuk
32. Otai
33. Borneo Red EMP
34. Ah Ngau
35. Batu Tiga
36. Ah Feng
37. Batu 10
38. Sibu Ti
39. Ah Seng
40. Ah Chin
41. Lee Lung
42. Lo Han
43. Sg Merah
44. Sg Badut
45. Ting Ching Lee
46. Tua Cak Lee
47. Teksi Station
48. Pintu Merah
49. Krokop


-metro

Lelaki Menjadi Orang Terkaya Di Dunia Kerana Kesilapan Teknikal Paypal



Seorang lelaki terkejut selepas mendapati akaun Paypal miliknya mempunyai nilai wang sebanyak 17 angka iaitu melebihi daripada kepunyaan orang terkaya di dunia ketika ini iaitu Carlos Slim Helu..

Lelaki bernama Chris Reynold, 56, berasal dari Delaware, US itu menyatakan bahawa dia sangat terkejut selepas membaca penyata bulanan yang dihantar oleh Paypal melalui email beberapa hari lalu kepadanya yang menunjukkan bahawa terdapat baki wang yang ‘sangat-sangat’ banyak dalam akaunnya..


Raynold turut menyatakan bahawa dia sememangnya telah menggunakan perkhidmatan Paypal sejak dari 10 tahun lalu dengan membeli dan menjual bahagian barangan kereta vintage melalui Ebay dan menyatakan bahawa dia biasanya membelanjakan tidak lebih dari $100 dalam sebulan..


Nilai wang yang dilaporkan oleh media adalah sebanyak 17 angka @ USD 92.233.720.368.547.800 Quadrillion iaitu sejuta kali ganda lebih kaya daripada manusia terkaya di dunia kini, Carlos Slim yang juga merupakan pemilik syarikat telekomunikasi Maestro Mexico..!

Raynold turut menyatakan keinginannya untuk membeli kelab liga besbol Philadelphia Phillies dan membayar segala hutang selepas terkejut melihat nilai wang dalam Paypal miliknya itu..


Bagaimanapun kekayaan sebagai “orang terkaya di dunia” Chris Reynold hanyalah sementara sahaja apabila selepas dia memeriksa baki akaun miliknya secara online, baki dalam akaunnya hanyalah menunjukkan jumlah sifar kerana telah diperbaiki oleh Paypal yang berjaya mengesan kesilapan tersebut lebih awal..


Paypal mengakui tersilap mengkreditkan jumlah tersebut kepada akaun seorang lelaki (Raynold) sebelum mereka bertindak memberikan sejumlah wang sebagai ‘gantirugi’ atas kesilapan tersebut kepada Raynold, tetapi tidak diketahui jumlahnya lapor CNN.


Isteri Putera William Selamat Melahirkan Bayi Lelaki






LONDON - Isteri Putera William, Kate Middleton selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital St. Mary, Paddington di barat London kelmarin.
Anak sulung pasangan diraja itu juga bakal menjadi pewaris ketiga takhta kerajaan Britain selepas Putera Charles serta William.

William berada di samping Kate semasa dia melahirkan anak mereka pada pukul 4.24 petang waktu tempatan. Bayi tersebut seberat 3.8 kilogram ketika dilahirkan.
Satu kenyataan pejabat William, Clarence House menyebut, keluarga diraja Britain telah dimaklumkan mengenai kelahiran itu dan mereka gembira dengan berita tersebut. 

"Kate dan anaknya sihat. Mereka berdua akan berada di hospital semalaman," menurut kenyataan berkenaan.
Nama bayi itu akan diumumkan dalam masa terdekat. Namun, sejumlah penerima taruhan menjangkakan nama George digunakan, diikuti nama James.
"Saya dan isteri amat gembira dengan kelahiran cucu pertama saya. Kami begitu teruja atas kelahiran anak lelaki William dan Kate," kata Charles dalam satu kenyataan.

Charles turut menyatakan bahawa beliau sangat berbangga dan gembira menjadi seorang datuk buat kali pertama.
Catatan mengenai pengumuman kelahiran bayi itu kemudian dipamerkan di papan buletin kecil di hadapan Istana Buckingham yang menjadi tradisi diraja Britain.

William dan Kate yang memakai gelaran Duke dan Duchess of Cambridge tiba di hospital sejurus sebelum pukul 6 pagi waktu tempatan.
Pasangan yang kedua-duanya berusia 31 tahun bertemu ketika menuntut di Universiti St. Andrews dan melangsungkan perkahwinan pada April 2011.

Kes Ng Mun Tatt: Empat Lelaki Mungkin Digantung Mati



SHAH ALAM - Empat lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan menculik seorang penganggur di sebuah Restoran Sri Taman Muda, awal minggu lalu.

Mohamad Asri Mohammad Jamil, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Husen, 27, faham dengan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Majistret Nurul Syahida Zainal.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh.

Mereka didakwa bersama dua lagi yang masih bebas telah menahan Ng Mun Tatt, 21, untuk mendapatkan wang tebusan RM3,000.

Perbuatan tersebut didakwa melakukan penculikan itu di Restoran Muneer, No 1 Jalan Merdu 25/119, Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini, jam 4.30 pagi, 15 Julai lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika didapati bersalah.



SUMBER

Kemalangan Ngeri Kanak-Kanak Maut Dalam Kereta


KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan daripada ibu bapa kanak-kanak perempuan yang mati akibat kelemasan setelah ditinggalkan tanpa sengaja di dalam kereta di Subang Jaya pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata rekod bertulis belum diambil kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan trauma ekoran kejadian itu.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan, katanya kepada Bernama.

Seksyen ini memperuntuk hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, Nawal Iris Samsudin, 3, ditinggalkan selama lebih lima jam di dalam kereta ibunya di bawah panas terik di tempat letak kereta sebuah sekolah menengah di USJ4.

Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang menunjukkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat 'heat stroke'. - Bernama

Penjualan Rokok Elektronik Adalah Salah



Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

“Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.

“Peruntukan tersebut juga tertakluk untuk bahan kimia lain yang dikesan dalam cecair e-Cigarette jika ia merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amaran itu dibuat Jabatan Kesihatan negeri kerana e-Cigarette yang didakwa sebagai alat bantuan berhenti merokok dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di negeri ini.

Ia dipasarkan dalam bentuk set yang menggunakan cecair e-Cigarette untuk menghasilkan wap dalam rokok elektronik tersebut.

Sementara itu, Zulkifli berkata nikotin adalah keluaran yang perlu didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, pelanggaran peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dengan denda dikenakan tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, untuk pertubuhan perbadanan pula, hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 12 (2) adalah denda tidak melebihi RM50,000.

“Oleh itu, semua peniaga yang mempunyai kaitan dengan e-Cigarette diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan jika menyimpan, mengedar atau menjual sebarang bahan atau cairan yang mengandungi nikotin selain rokok asli atau tembakau,” katanya. – UTUSAN MELAYU


SUMBER

LAWAK : Jin Pun Ada Akaun Twitter ?


Akaun twitter yang dibuka satu "jin" mencetuskan kegamatan di talian, pemilik akaun itu mendakwa dia "jin" tulen dan sukakan keamanan, menetap di Arab Saudi  serta ingin berkenalan dgn manusia

Twitter : https://twitter.com/s_2017_s/media/grid

BERITA : Harga Tiket Bas Naik 30%



KUALA LUMPUR 14 Jun - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.


Presidennya, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.


Bagaimanapun, katanya, memang ada kenaikan tambang pada musim perayaan, namun hanya dikhaskan untuk bas tambahan sahaja iaitu 10 peratus.


Menurut beliau, kali terakhir harga tiket disemak semula ialah pada 2008 dan dalam tempoh tersebut, berlaku peningkatan terhadap kos operasi sebanyak 36 peratus.


''Harga tayar dua tahun lalu dalam lingkungan RM900 hingga RM1,000 sahaja sebuah, tetapi kini meningkat kepada RMl,500 hingga RMl,600 sebuah.


''Harga casis dan badan bas pula meningkat antara 30 dan 50 peratus setiap tahun. Sebuah casis 'Scania' contohnya, kini berharga RM322,000 berbanding sebelumnya yang cuma RM240,000,'' katanya di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi dan tidak setara dengan perkhidmatan ditawarkan.


Mengulas lanjut, Ashfar berkata, peningkatan harga juga berlaku kepada alat ganti yang bukan merupakan barang kawalan dan minyak pelincir, bahan wajib bagi setiap bas.


''Lebih membebankan, kerajaan kini melaksanakan gaji minimum iaitu RM900 sebulan, tidak termasuk lain-lain bayaran dan elaun pekerja.


''Jadi, syarikat tiada jalan lain, selain menaikkan harga tiket bagi menampung pelaksanaan gaji minimum dan kos operasi yang meningkat,'' ujar beliau.


Dari segi harga diesel pula, katanya, kerajaan hanya memberikan subsidi separuh sahaja dan selebihnya bagi perjalanan yang melibatkan jarak jauh, kos perlu ditanggung sendiri oleh syarikat mengikut harga pasaran.


''Justeru, pengusaha bas ekspres perlu mencari wang secukupnya bagi membayar kos diesel yang masih tidak seimbang dengan pendapatan,'' katanya.


Mengulas tentang keputusan tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos, Ashfar berkata, tindakan itu hanya untuk mengelakkan pengusaha bas ekspres mengalami kerugian dan bukannya sebagai ancaman kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang ditafsir oleh sesetengah pihak.


''Kalau pengusaha bas jual tiket sekarang dengan harga biasa, mereka akan rugi kerana mungkin SPAD akan umumkan kenaikan itu nanti.


''Ini cuma demi menjaga kepentingan mereka sahaja, bukannya ancaman. Mereka boleh jual tiket awal kalau SPAD bagi keputusan segera,'' katanya.


Menurut Ashfar, PMBOA telah memohon kenaikan harga tiket itu beberapa kali sebelum ini daripada SPAD dan kali terakhir pada 22 Mei lalu.


''Semakan semula harga ini adalah perkara biasa. Jika di Singapura, peningkatan tambang bas ini berlaku setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa.


''Tetapi di negara kita, lima tahun sekali pun susah. Kita pun tidak mahu membebankan rakyat dengan peningkatan mendadak, sebab itu kita minta kalau boleh buat semakan semula setiap satu atau dua tahun sekali,'' katanya.

Mayat Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditemui


Polis semalam berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah kereta yang dihempap timbunan konkrit dalam kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung malam kelmarin.

Mayat mangsa, Tajuddin Zainal Abidin, 45, ditemui pasukan penyelamat dalam kereta yang dihempap batang besi dan konkrit kira-kira pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, mayat mangsa yang tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas hanya dapat dikeluarkan pada pukul 8.40 malam iaitu selepas 25 jam operasi menyelamat dilakukan.

Tajuddin ditemui dalam keadaan telangkup pada papan pemuka (dashboard) kereta jenis Perodua Kelisa setelah kerja-kerja menyelamat dilakukan sejak malam kelmarin.

Kereta mangsa remuk akibat dihempap beberapa batang besi dan konkrit seberat kira-kira lebih 200 tan manakala tubuh mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat terkena runtuhan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana timbunan konkrit tersebut agak besar dan berat.









SUMBER

Remaja Lelaki Maut Dirempuh Lori


Kuala Terengganu: “Pemandu lori treler itu membunyikan hon, tetapi arwah yang terjatuh di tengah jalan tidak sempat bangun sebelum dirempuh kenderaan berat itu,” kata Che Ku Mohd Nazmie Che Ku Romli, 19, rakan kepada Muhammad Shafiq Imran Syahril, 15, yang maut dalam kemalangan di Kampung Bukit Guntung, Tepoh, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian di atas sebuah jambatan jam 9 pagi, arwah yang juga pelumba pelapis Persatuan Lumba Basikal Kuala Terengganu dan Che Ku Mohd Nazmie bersama 43 rakan pelatih lain sedang berkayuh ke Lebuhraya Pantai Timur II untuk ke Bukit Besi, Dungun sebagai sebahagian latihan menghadapi satu kejohanan di Perlis pada 19 Jun ini.

Kejadian itu turut menyebabkan Che Ku Mohd Nazmie dan seorang lagi rakan arwah, Ahmad Fikri Ahmad Fazli, 17, mengalami kecederaan ringan di bahu dan tangan.


Che Ku Mohd Nazmie berkata, kejadian berlaku apabila seorang daripada pelumba di hadapan memperlahankan basikalnya kerana terdapat lubang di jalan sebelum dia yang mengekori rapat tidak sempat mengelak daripada bergesel dengan pelumba terbabit.

“Tayar kami bergesel dan saya terjatuh ke sebelah kanan jalan. Beberapa rakan di belakang saya termasuk arwah cuba mengelak daripada melanggar antara satu sama lain, tetapi gagal memandangkan jarak kami yang terlalu hampir.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved