Recommended Post Slide Out For Blogger
Home » , » Al-Sisi dipersenda sebagai calon Presiden

Al-Sisi dipersenda sebagai calon Presiden



Ashton (kiri) bertemu Al-Sisi dalam kunjungan ringkas beliau ke Kaherah, semalam.

KAHERAH - MESIR. Reputasi bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi makin terancam apabila watak beliau boleh dipermainkan menerusi permainan video, Super Sisi Save Egypt.

Menurut Al Arabiya, aplikasi permainan baharu untuk sistem Android dibangunkan Gamesawy itu boleh dilayari melalui laman web Google Play.


Watak permainan video menyerupai beliau yang lengkap dengan seragam tentera itu, mendapat capaian tinggi di laman web tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan bersetuju memantau perjalanan pilihan raya presiden Mei ini.

Keputusan dicapai selepas Ketua Dasar Luar EU, Catherine Ashton dan Menteri Luar Nabil Fahmy menandatangani satu perjanjian khas.

“EU bersetuju menjadi pemantau atas jemputan kerajaan Mesir. Ia dilaksanakan melalui perjanjian misi pemerhatian pilihan raya,” menurut satu kenyataan.

Ashton berkata, melalui perjanjian itu, pihaknya bersedia menjadi perantara dalam menyelesaikan persengketaan antara kerajaan Mesir dan Ikhwanul Muslimin pimpinan presiden digulingkan Mohammed Mursi.

Sementara itu, sumber rapat Ikhwanul memberitahu, Ashton tidak pernah dipelawa menjadi perantaraan dalam konflik itu.

sumber
penretak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap artikel dari sumber lain. Ia adalah sekadar perkongsian dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Share this article :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved