Recommended Post Slide Out For Blogger
Home » » Kanak-kanak maut kemalangan di Temerloh

Kanak-kanak maut kemalangan di Temerloh

KUANTAN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 3 Jalan Karak-Mentakab, dekat Temerloh semalam.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Superintenden Mohamed Fauzi Abdul Rahim, S. Karshan mati ketika menerima rawatan akibat parah di kepala dan badan.

Katanya, kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku semasa bapanya yang berusia 30-an secara tiba-tiba hilang kawalan ke atas kereta Proton Wira yang dipandunya itu.

"Kenderaan tersebut kemudiannya melanggar batu penghadang jalan sehingga menyebabkannya terbalik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Mentakab dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Katanya ibu dan bapa mangsa bagaimanapun tidak cedera di dalam nahas itu. - Bernama


sumber

penretak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap artikel dari sumber lain. Ia adalah sekadar perkongsian dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Share this article :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved