Recommended Post Slide Out For Blogger
Home » » Dipenjara 6 bulan cabul anak saudara tiri

Dipenjara 6 bulan cabul anak saudara tiri

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja Aquaria dihukum penjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku mencabul kehormatan anak saudara tirinya pada Jumaat lepas.
Majistret Zuraini Abdul Razak memerintahkan tertuduh, yang berusia 24 tahun, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu beberapa kali ke atas mangsa, yang berusia 16 tahun 6 bulan, di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Cheras Lama pukul  3 pagi pada 11 April lepas mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua hukuman, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana kejadian itu menyebabkan mangsa trauma selain mengambil kira fakta tertuduh merupakan bapa saudara mangsa.

Beliau berkata, kes sebegini semakin kerap berlaku dan demi kepentingan awam, mahkamah harus menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada orang lain.
Tertuduh, dalam rayuannya bagi hukuman ringan, memaklumkan mahkamah bahawa ketika kejadian, dia dalam keadaan tidak sedar dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.  - Bernama

sumber
penretak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap artikel dari sumber lain. Ia adalah sekadar perkongsian dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Share this article :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved