Recommended Post Slide Out For Blogger
Home » , » Punca Bas Terbalik, Pemandu Kawal Stereng Guna Siku

Punca Bas Terbalik, Pemandu Kawal Stereng Guna Siku



Punca Bas Terbalik, Pemandu Kawal Stereng Guna Siku | Pemandu bas pandu laju, guna siku kawal stereng dan kerap menghantar SMS menggunakan telefon bimbitnya sepanjang jalan,” dakwa seorang penumpang Norfazillah Zainuddin, 22, yang turut mengalami kecederaan di kaki dalam kemalangan bas ekspres di Kilometer 11, Jalan Bentong-Raub, berhampiran Bukit Lebu, Bentong tengah malam semalam.Menurut Norfazillah, dia yang takut dengan sikap pemandu itu membuat keputusan tidak mahu tidur sepanjang perjalanan, malah turut menegur pemandu bas itu yang memandu sambil menghantar SMS dan hanya mengawal stereng menggunakan siku.





Katanya, beberapa penumpang lain turut menegur pemandu itu tetapi dia menjawab ‘sudah biasa, tak ada masalah’ dan terus memandu laju.“Ketika sampai di tempat kejadian, saya lihat pemandu itu tidak menumpukan perhatian kerana sibuk menghantar SMS menggunakan telefon bimbitnya sebelum bas hilang kawalan dan memasuki ke laluan bertentangan.“Saya menyedari bas sudah memasuki lorong sebelah (kanan) dan menuju ke arah bukit dan terus menjerit ‘awas’ kepadanya tetapi sudah terlambat, bas melanggar tiang elektrik di kanan jalan sebelum terheret di tepi bukit.

“Pemandu cuba mengelak dengan memusingkan stereng ke arah kiri selepas terlanggar bukit menyebab-kan bas terus terbalik dan terseret di atas jalan,” katanya ketika ditemui di Hospital Bentong selepas mendapatkan rawatan.Menurutnya, dia yang berkerja sebagai kerani di sebuah kilang elektronik menaiki bas berkenaan pulang ke kampungnya di Tumpat, Kelantan untuk membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital.Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, polis akan menyiasat dakwaan beberapa penumpang yang mengatakan bas ekspres berkenaan dipandu laju termasuk pemandunya membaca dan berbalas SMS.

Artikel Asal
penretak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap artikel dari sumber lain. Ia adalah sekadar perkongsian dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

Share this article :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved