Recommended Post Slide Out For Blogger
Showing posts with label Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Tempatan. Show all posts

Anggota Polis Cawangan Khas Mati Ditembak


KUALA LUMPUR – Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini hari ini.

Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.

Pelajar Bunuh Diri Tertekan Diejek Rakan Sekelas


KAJANG - Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dia nekad meminum racun serangga malam kelmarin dipercayai akibat tidak tahan dibuli dan diejek rakan sekelas.

Mangsa, T. Kavinraj, 13, yang juga pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih di sini mengalami tekanan perasaan selepas diejek dan dipulau oleh rakan-rakan kerana dia tidak mempunyai bapa.

Akibatnya, anak sulung daripada empat beradik itu berasakan dirinya terasing di sekolah itu tanpa sebarang kawan.

Bapa mangsa, P. Thangavelu, mati pada Disember 2012 akibat serangan strok.

Mendiang Thangavelu meninggalkan empat orang anak berumur antara lapan hingga 13 tahun termasuk Kavinraj serta balu, B. Thanamalar, 43.

Mangsa yang mendapat keputusan 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rinching di sini juga dikatakan dipulau rakan kerana ditempatkan di kelas keempat dan terakhir.


Ibu mangsa, B. Thanamalar, mendakwa, anaknya itu mengadu telah meminum racun serangga perosak yang disimpan di dalam rumah pada kira-kira pukul 9.30 malam.

"Dia datang kepada saya dan beritahu tekaknya terasa pedih sebab minum racun. Mungkin dia sangat tertekan kerana teringat kepada bapanya.

"Saya cepat-cepat bawa dia ke Hospital Serdang. Semasa 15 minit dirawat, dia disahkan mati selepas batuk darah," katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Rinching di sini semalam.

Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, B. Ananthi, 47, mendakwa, rakan sekelas mangsa mengejek dan memulau Kavinraj setiap hari.

Keadaan itu menyebabkan anak saudaranya itu mengalami masalah kemurungan.

"Kawan-kawan dia ejek, budak pandai tak ada ayah, mana boleh duduk kelas ini, pergi masuk kelas budak pandai. Tak sangka dia sangat tertekan dengan ejekan itu," katanya.

Beliau menjelaskan, Kavinraj ada mengadu yang dia dibuli di sekolah dan ibunya telah menasihatkannya supaya bersabar.

Katanya, anak saudaranya itu juga mengadu kepada gurunya supaya ditukarkan kelas dan gurunya meminta supaya tunggu pada hari Isnin lepas.

"Dia ada memaklumkan perkara itu kepada ibunya semasa pulang dari sekolah pada Khamis lalu tetapi pada malam Jumaat, dia minum racun," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Pistol Ditemui Dalam Tandas Stadium


SHAH ALAM – Sepucuk pistol lama jenis Browning ditemui di dalam tandas lelaki Stadium Shah Alam di sini, ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Roslan Abdullah berkata, pistol mengandungi tujuh butir peluru itu ditemui oleh anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar stadium itu kira-kira jam 9.30 malam.


Menurutnya, polis masih belum dapat mengenal pasti motif pistol itu dibawa masuk.


"Kita tidak tahu siapa pemilik pistol itu." katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Dalam perkembangan lain, seramai lima individu berumur 19 hingga 24 tahun ditahan kerana membakar mercun, suar dan membaling botol, manakala 86 lagi ditahan kerana terlibat menjual tiket palsu.


Pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan tidak ada rekod jenayah. Seorang daripada mereka adalah penuntut sebuah universiti tempatan.


“Keterangan mereka telah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

'KL Gangster 2' Kutip RM 3 Juta 4 Hari Tayangan


Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM3.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan bermula 3 Oktober lalu termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu.
 

Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, biarpun jumlah kutipan tersebut hanya mampu meraih separuh daripada sasaran awal, namun dia masih tetap bersyukur.

“Alhamdulillah setakat empat hari ini sudah mencapai RM3.1 juta namun jika diikutkan sasaran awal kita lebih daripada jumlah itu.

“KL Gangster dulu empat hari sahaja sudah mencapai RM6 juta lebih, bagaimanapun saya bersyukur kerana dalam situasi filem bocor ini masih ada lagi yang datang ke pawagam untuk beri sokongan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Yusof berkata, beliau menyasarkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.

Katanya, promosi yang cukup kuat dijalankan sepanjang tayangan ini juga menjadi strategi akhir pihaknya untuk menarik penonton ke pawagam.

“Kutipan itu mungkin sudah memadai bagi filem yang bajet rendah ditambah industri filem yang lembab sekarang tapi saya hanya pasrah dan bersyukur.

“Saya berharap pihak kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan isu cetak rompak ini ambil iktibar dan tindakan segera agar tiada pihak yang menanggung kerugian lagi,” katanya.

KL Gangster 2 telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak dan telah mengutip sebanyak RM700,000.

Pelajar Cedera Parah Dirotan Di Madrasah


Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.



Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.

Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.

Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.

Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.

Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.

Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.

Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.

“Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak
mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.

Katanya, anaknya kini trauma dengan apa yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari madrasah terbabit.

Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

“Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun, kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos perbelanjaan perubatannya,” katanya.

Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa.

Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.

Turut mengecewakannya apabila pihak madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku.

‘KL Gangster 2′ Kutip RM700,000 Termasuk Tiga Hari Tayangan Awal


PETALING JAYA: Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM700,000 menerusi tayangan tengah malamnya pada Khamis (malam tadi) termasuk tiga hari tayangan awal dari 27 hingga 29 September lalu.
Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, mengikut ramalannya, beliau yakin filem berkenaan mampu mendapat sokongan peminat filem tempatan walaupun ia sudah dicetak rompak.
“Berdasarkan kepada kutipan itu, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian orang ramai terutama sekali kepada mereka yang menantikan hasil karya arahan anak saya, Syamsul,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Khamis.
Filem berkenaan sepatutnya ditayangkan pada Khamis tetapi telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak.
Yusof berkata, kutipan bagi 100 buah panggung untuk tayangan larut malam menyaksikan pihaknya memperoleh RM200,000.
Malah berdasarkan tayangan berkenaan, kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.


“Alhamdulillah… saya dapat lihat momentum yang baik terhadap filem ini walaupun karya saya sudah dicetak rompak,” katanya.
Yusof berkata, beliau mengharapkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.
Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sebahagian penonton mungkin sudah menyaksikannya lebih awal melalui Internet akibat sabotaj, tetapi Yusof percaya filem itu akan berjaya menarik penonton ke pawagam.
Sementara itu ditanya bagaimanakah keadaan Syamsul ketika ini Yusof memberitahu, anaknya itu masih tidak dapat menerima karyanya disabotaj.
Katanya, Syasmul juga tidak mahu diganggu sebaliknya mengambil pendekatan untuk menyendiri kerana dia amat kesal dengan peristiwa berkenaan.
“Saya mahu anak saya terus berjuang untuk menghasilkan filem-filem lebih hebat selepas ini dan berharap kejadian yang berlaku bukanlah alasan untuk dia patah semangat,” katanya.

Pelajar Lari Rumah Gara-Gara Takut PMR

Petaling Jaya: Seorang pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu dibawa pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.

Dia dikatakan hanya ditemui orang awam ketika bersembunyi di dalam tandas di sebuah pasar raya sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Sebelum ini, ibunya Rosziana Mohamed, 47, merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.



Aplikasi Lucah Versi BM Di Smartphone Berleluasa


KOTA BHARU – Awas jika melihat anak-anak anda leka bermain telefon bimbit, mungkin mereka sedang asyik membaca novel lucah.

Novel elektronik berahasa Melayu dikesan boleh dimuat turun secara mudah dan percuma menerusi telefon dan tablet pintar sejak 28 Ogos lalu dan sejak kewujudannya, 100,000 orang sudah dicatatkan memuat turun aplikasi tersebut.

Kurang tiga minggu wujud, aplikasi itu mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutama ibu bapa yang bimbang anak mereka menggunakan aplikasi itu sekali gus menjejaskan akhlak dan moral anak-anak mereka.

Seorang bapa empat anak yang juga penjawat awam, Salleh, 49, berkata, beliau risau remaja yang sedang meningkat dewasa terdedah dengan bahan tidak bermoral seperti itu.

Katanya, anak-anak moden sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak zaman dahulu, mereka kini masing-masing memiliki telefon bimbit sendiri malah ada di antaranya memiliki telefon dan tablet pintar yang mencecah ribuan ringgit.

“Golongan ini lebih arif tentang gajet dan mereka sudah tentu mengetahui kewujudan aplikasi ini, lebih-lebih lagi ia diletakkan dalam mekanisme yang sangat mudah untuk diperolehi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau memohon pihak berkuasa memantau perkara ini dan memikirkan semula kewajaran membenarkan aplikasi itu.

“Jangan memandang perkara ini sebagai isu remeh kerana ia babitkan moral dan anak-anak kita kelak,” katanya.

Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher


Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.
Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher

Biarpun beria-ia ustazah tersebut mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.


sumber

Pelajar Perempuan Parah Selepas Cubaan Terjun Bangunan Sekolah


KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.

Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.

"Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. - Bernama

(2 GAMBAR ) Mayat Kes Buang Bayi Di UITM Dungun Terengganu

Gambar penemuan mayat kes buang bayi di UITM Dungun Terengganu. Hangat diperkatakan apabila seorang pelajar wanita telah membuang bayi kandungannya yang baru lahir dari lubang tandas. Mayat bayi itu ditemui oleh pekerja kontrak ketika menjalankan kerja membersih loji kumbahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Mayat bayi yang ditemui dalam keadaan tertiarap disahkan perempuan dan ditemui dengan keadaan tengkoraknya pecah.



Syamsul Tak Tidur Malam, Berkurung Dalam Bilik


Pengarah muda berbakat besar melahirkan perasaan cukup kecewa diatas pencerobohan terhadap filemnya KL Gangster 2 ke laman Internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, Syamsul sangat tertekan dengan kejadian yang berlaku keatas karya yang ke lapannya kerana telah bertungkus lumus menyempurnakannya selama 2 tahun.

Malah, Datuk Yusof juga memberitahu bahawa Syamsul tidak boleh tidur dan hanya mengadap komputer didalam bilik kerana mahu memadamkan setiap link yang telah tersebar di laman Internet.

    “Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia.


    “Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur. Dia jaga internet. Dia pun saya tengok dah bertambah kurus”, katanya ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah dibocorkan di internet.


Dalam pada itu juga ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang turut hadir pada sidang media itu juga memberitahu bahawa Syamsul asyik berkurung didalam biliknya sahaja sejak kejadian itu berlaku.

    “Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet”, katanya.


KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura.



SUMBER

Dirogol Kenalan WeChat


JOHOR BAHRU – Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini semalam meluahkan kekesalan ke atas seorang remaja yang dituduh merogol seorang gadis yang baru dikenalinya dalam tempoh dua hari menerusi aplikasi WeChat di tepi tangga sebuah pangsapuri.

“Kamu baru tiga empat hari berkenalan, kamu sudah lakukan kerja-kerja macam ini, kira macholah kamu?
“Sepatutnya dalam bulan Ramadan dan Syawal, kamu harus berkelakuan mulia, barulah hidup kamu akan berkat, ini tidak. Ibu bapa kamu tahu yang kamu dihadapkan mahkamah, mereka pun tidak hadir ke sini,” kata Hakim Hassan Abdul Ghani dengan sinis kepada tertuduh, Muhammad Amirul Yusman (gambar), 18.

Pekerja landskap itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di sini.

 -kosmo

Surau Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi Dirobohkan


KOTA TINGGI – Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dirobohkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri.
“Kerja-kerja meroboh surau dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan termasuk kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, kerja-kerja merobohkan surau yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu terpaksa ditangguhkan pada pukul 3 petang semalam kerana hujan dan akan disambung semula hari ini.
“Surau tersebut sudah 80 peratus dirobohkan dan saya yakin isu ini sudah selesai,” kata beliau.

Pada 12 Ogos lalu, beberapa akhbar mendedahkan klip video yang tersebar melalui Facebook mengenai aktiviti sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau tersebut.
Pendedahan tersebut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sehingga seorang rakyat Singapura yang merupakan pemilik pusat peranginan itu dilucut taraf pemastautin tetap (PR) oleh Kementerian Dalam Negeri.
-kosmo

Senarai-Senarai Kumpulan Kongsi Gelap Didedahkan Oleh KDN


Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu). Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak. Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah. 


Senarai kumpulan kongsi gelap:

1. Geng 04
2. Geng 08
3. Double 7
4. Tiga Line
5. Geng 30
6. Geng 38
7. Geng 24
8. Geng 18
9. Geng 36
10. Geng 21
11. Ang Soon Thong
12. Wah Kee
13. Sio Sam Ong
14. PNEH
15. Hong Hong San
16. Hai San
17. Siang Ang Bin
18. New Cell 20
19. Jit It Hai
20. Sio Koon Tong
21. Gee Lam Kor
22. Gee Leng Hor
23. Loh Kuan
24. Tiang Yee Tong
25. Geng Leng Hor
26. Geng 35
27. Geng 303
28. Geng Satu Hati
29. ATAP
30. Hung Ann
31. Sui Yuk
32. Otai
33. Borneo Red EMP
34. Ah Ngau
35. Batu Tiga
36. Ah Feng
37. Batu 10
38. Sibu Ti
39. Ah Seng
40. Ah Chin
41. Lee Lung
42. Lo Han
43. Sg Merah
44. Sg Badut
45. Ting Ching Lee
46. Tua Cak Lee
47. Teksi Station
48. Pintu Merah
49. Krokop


-metro

Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan




Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan

Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain.

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.

Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kafan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kafankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kafannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kafan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.

Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kafan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.

Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kafannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.

Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.

“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi. Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikafan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kafan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kafan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.

“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kafan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.

Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kafan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.

Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kafan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagaibilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.

Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kafan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.

Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikafankan juga menggunakan apa yang ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bila mendapati kain kafan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kafan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengafan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.

Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?

Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.

 Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kafan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kafan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikafankan bersaiz kecil.

Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.


Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk, suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.

Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.

“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengafan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kafan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kafan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.

Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kafannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya. 


sumber:blogammar.com 

Kemalangan Ngeri Kanak-Kanak Maut Dalam Kereta


KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan daripada ibu bapa kanak-kanak perempuan yang mati akibat kelemasan setelah ditinggalkan tanpa sengaja di dalam kereta di Subang Jaya pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata rekod bertulis belum diambil kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan trauma ekoran kejadian itu.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan, katanya kepada Bernama.

Seksyen ini memperuntuk hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian itu, Nawal Iris Samsudin, 3, ditinggalkan selama lebih lima jam di dalam kereta ibunya di bawah panas terik di tempat letak kereta sebuah sekolah menengah di USJ4.

Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang menunjukkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat 'heat stroke'. - Bernama

Penjualan Rokok Elektronik Adalah Salah



Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

“Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.

“Peruntukan tersebut juga tertakluk untuk bahan kimia lain yang dikesan dalam cecair e-Cigarette jika ia merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amaran itu dibuat Jabatan Kesihatan negeri kerana e-Cigarette yang didakwa sebagai alat bantuan berhenti merokok dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di negeri ini.

Ia dipasarkan dalam bentuk set yang menggunakan cecair e-Cigarette untuk menghasilkan wap dalam rokok elektronik tersebut.

Sementara itu, Zulkifli berkata nikotin adalah keluaran yang perlu didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, pelanggaran peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dengan denda dikenakan tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, untuk pertubuhan perbadanan pula, hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 12 (2) adalah denda tidak melebihi RM50,000.

“Oleh itu, semua peniaga yang mempunyai kaitan dengan e-Cigarette diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan jika menyimpan, mengedar atau menjual sebarang bahan atau cairan yang mengandungi nikotin selain rokok asli atau tembakau,” katanya. – UTUSAN MELAYU


SUMBER

Lelaki Mengaku Nabi Akhir Zaman

Roslan (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Melaka
Akibat tindakannya membuat pengakuan dirinya Allah dan nabi akhir zaman, seorang bekas kapten kapal dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan agama Islam di sekitar negeri ini, kelmarin.
  
Tertuduh, Roslan Abdul Rahman, 44, yang berjubah putih dan berkopiah hanya kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Syarie Mohd Asri Tahir.
Tertuduh dari Pahang itu kemudian mengangguk faham akan pertuduhan yang terpaksa dibacakan dua kali berikutan tertuduh mencelah ketika ditanya mengenai pengakuannya.
Roslan membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengejek-ejek agama Islam dengan perkataan ‘Aku ini nabi akhir zaman dan aku mengaku aku Allah’ di sebuah rumah di Taman Rembia Perkasa, Alor Gajah, dekat sini, jam 3.15 petang, 18 Julai lalu.

BERITA : Harga Tiket Bas Naik 30%



KUALA LUMPUR 14 Jun - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya sebagai terlalu tinggi.


Presidennya, Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.


Bagaimanapun, katanya, memang ada kenaikan tambang pada musim perayaan, namun hanya dikhaskan untuk bas tambahan sahaja iaitu 10 peratus.


Menurut beliau, kali terakhir harga tiket disemak semula ialah pada 2008 dan dalam tempoh tersebut, berlaku peningkatan terhadap kos operasi sebanyak 36 peratus.


''Harga tayar dua tahun lalu dalam lingkungan RM900 hingga RM1,000 sahaja sebuah, tetapi kini meningkat kepada RMl,500 hingga RMl,600 sebuah.


''Harga casis dan badan bas pula meningkat antara 30 dan 50 peratus setiap tahun. Sebuah casis 'Scania' contohnya, kini berharga RM322,000 berbanding sebelumnya yang cuma RM240,000,'' katanya di sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi dan tidak setara dengan perkhidmatan ditawarkan.


Mengulas lanjut, Ashfar berkata, peningkatan harga juga berlaku kepada alat ganti yang bukan merupakan barang kawalan dan minyak pelincir, bahan wajib bagi setiap bas.


''Lebih membebankan, kerajaan kini melaksanakan gaji minimum iaitu RM900 sebulan, tidak termasuk lain-lain bayaran dan elaun pekerja.


''Jadi, syarikat tiada jalan lain, selain menaikkan harga tiket bagi menampung pelaksanaan gaji minimum dan kos operasi yang meningkat,'' ujar beliau.


Dari segi harga diesel pula, katanya, kerajaan hanya memberikan subsidi separuh sahaja dan selebihnya bagi perjalanan yang melibatkan jarak jauh, kos perlu ditanggung sendiri oleh syarikat mengikut harga pasaran.


''Justeru, pengusaha bas ekspres perlu mencari wang secukupnya bagi membayar kos diesel yang masih tidak seimbang dengan pendapatan,'' katanya.


Mengulas tentang keputusan tidak menjual tiket lebih awal pada Julai dan Ogos, Ashfar berkata, tindakan itu hanya untuk mengelakkan pengusaha bas ekspres mengalami kerugian dan bukannya sebagai ancaman kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seperti yang ditafsir oleh sesetengah pihak.


''Kalau pengusaha bas jual tiket sekarang dengan harga biasa, mereka akan rugi kerana mungkin SPAD akan umumkan kenaikan itu nanti.


''Ini cuma demi menjaga kepentingan mereka sahaja, bukannya ancaman. Mereka boleh jual tiket awal kalau SPAD bagi keputusan segera,'' katanya.


Menurut Ashfar, PMBOA telah memohon kenaikan harga tiket itu beberapa kali sebelum ini daripada SPAD dan kali terakhir pada 22 Mei lalu.


''Semakan semula harga ini adalah perkara biasa. Jika di Singapura, peningkatan tambang bas ini berlaku setiap tahun kerana berdasarkan keadaan ekonomi semasa.


''Tetapi di negara kita, lima tahun sekali pun susah. Kita pun tidak mahu membebankan rakyat dengan peningkatan mendadak, sebab itu kita minta kalau boleh buat semakan semula setiap satu atau dua tahun sekali,'' katanya.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved