KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok
Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah
berkenaan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad berkata,
polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah
hari.
"Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini
dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk
membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.
Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.
"Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. - Bernama
penretak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap artikel dari sumber lain. Ia adalah sekadar perkongsian dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment