SHAH ALAM - Empat lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan menculik seorang penganggur di sebuah Restoran Sri Taman Muda, awal minggu lalu.
Mohamad Asri Mohammad Jamil, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Husen, 27, faham dengan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Majistret Nurul Syahida Zainal.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh.
Mereka didakwa bersama dua lagi yang masih bebas telah menahan Ng Mun Tatt, 21, untuk mendapatkan wang tebusan RM3,000.
Perbuatan tersebut didakwa melakukan penculikan itu di Restoran Muneer, No 1 Jalan Merdu 25/119, Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini, jam 4.30 pagi, 15 Julai lalu.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika didapati bersalah.
SUMBER
penretak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap artikel dari sumber lain. Ia adalah sekadar perkongsian dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment