Recommended Post Slide Out For Blogger

INFO : 23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. AAM, 21 Ramadhan 1434H]

- See more at: http://fuh.my/23-ciri-ciri-ajaran-syiah-yang-perlu-diambil-tahu/#sthash.FZfB1yir.dpuf

INFO : Petua Untuk Berhenti Merokok

Fakta-Fakta Penting yang Perlu diketahui :

1. Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut asap rokok daripada perokok lain.

2. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, ia mampu mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.

3. Jika anda berhenti merokok melebihi 10 tahun, tiada risiko mendapat kanser mulut.

4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.

Apa Keburukan Merokok?
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi.

Antaranya ialah :

  • Gigi berkarat (staining).
  • Nafas berbau (halitosis).
  • Penyakit gusi (periodontium).
  • Kanser mulut.
  • Kanser paru-paru.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Strok.
  • Penyakit jantung.
  • Mati pucuk.
Perhatian : Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.

Cara Membuang Tabiat Merokok:

  • Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.
Petua Berhenti Merokok :

1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.

2.Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang “anda boleh membuang tabiat merokok”.

3. Dapatkan sokongan.

4. Atasi keinginan/gian untuk merokok seperti berikut :

  • Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
  • Lakukan senaman
  • Mandi dengan lebih kerap
  • Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy)

Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan

Kisah Jenazah Wanita Yang Mengumpat Sukar DiKafankan

Menjalani kehidupan dengan gemar mengumpat orang adalah satu perbuatan yang amat ditegah dalam Islam. Mengumpat adalah satu sifat yang suka memburuk-burukkan individu tertentu di hadapan orang lain.

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah. Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.

Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kafan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kafankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kafannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi Dan gemuk. Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kafan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.

Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kafan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.

Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kafannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah.

Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.

“He, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi. Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikafan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kafan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kafan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.

“He, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kafan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.

Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kafan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.

Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kafan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagaibilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.

Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kafan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.

Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikafankan juga menggunakan apa yang ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bila mendapati kain kafan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kafan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.

Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengafan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.

Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?

Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega.

 Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kafan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kafan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikafankan bersaiz kecil.

Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.

Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk, suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.

Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.

“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengafan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kafan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kafan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.

Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kafannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya. 

sumber:blogammar.com 

Live Streaming Manchester United vs Chelsea 27/08/2013

LINK :

Mirror 1
Mirror 2
Mirror 3

Pada jam 03.00am waktu tempatan

VIDEO : (LAWAK) Kepala Tersekat Dekat Pagar

Aduh senak admin gelak pasal video ni, apa la tak ada kerja ke nk di buat smpai main2 dekat pagar tu smpai boleh tersangkut, kan dah kena .

Norish Karman Di Rompak

Satu peristiwa malang telah menimpa pelakon Norish Karmanketika beliau bersama anak anak berkunjung ke sebuah pusat membeli belah di ibu negara baru baru ini.

Bercerita kepada media, Norish Karman berkata beliau telah di’rompak ketika dalam perjalanan ke tempat letak kereta pusat membeli belah itu dan kerugian hampir RM10,000 dalam bentuk tunai & barangan.

Tiga orang lelaki warga asing dipercayai menjadi dalang dalam kes samun ini namun ujar Norish Karman lagi dia tidak dapat melihat wajah perompak tersebut kerana membelakanginya.

Kejadian yang berlaku ini bagaimanapun tidak dilaporkanya kepada pihak polis sebaliknya hanya dilaporkan kepada pihak pengurusan pusat membeli belah tersebut sahaja. Hilang RM10,000 tidak lapor polis? Hmm.

Sumber: Gempak

PELIK : Adat Istiadat Potong Jari Yang Pelik

Mungkin ini merupakan salah satu tradisi paling ekstrim yang pernah saya tahu, tradisi potong jari ini dilakukan oleh suku dani di papua, tradisi potong jari ini dilakukan sebagai perwujudan kesedihan masyarakat suku dani pada acara pengebumian, selain memotong jari, mereka juga melumuri wajah mereka dengan abu dan tanah liat, sebagai ungkapan kesedihan.

Perlu diketahui tradisi ekstrim potong jari pada suku dani ini lebih banyak dilakukan oleh kaum wanita nya sebagai perwujudan rasa sedih dan penyesalan mereka .. Menurut Keyakinan suku dani. Jika orang yang meninggal dianggap kuat, diyakini bahawa roh-roh mereka akan mengandungi kekuatan sama juga. Dalam rangka untuk menenangkan dan mengusir roh-roh, beberapa amalan mengejutkan diikuti. Gadis yang berkaitan dengan si mayat mempunyai bahagian atas jari-jari mereka dipotong. Sebelum dipotong, jari-jari akan terikat dengan rentetan untuk lebih dari 30 minit. Setelah amputasi, hujung jari dibenarkan untuk kering, sebelum ianya dibakar dan abunya dikuburkan dalam sebuah kawasan khas.

Penjelasan lain yang ditawarkan untuk ritual pemotongan jari adalah bahawa rasa sakit fizikal melambangkan penderitaan dan rasa sakit kerana kehilangan orang yang dicintai. Dalam kes-kes seperti itu, jari akan dipotong oleh ahli-ahli keluarga terdekat, seperti ibu, ayah atau saudara. Dalam ritual aneh yang sama, hujung jari kelingking bayi juga digigit oleh ibu mereka. Ini mungkin berasal dari masa apabila bayi baru lahir kebanyakan meninggal, dari beberapa penyebab. Harapannya adalah bahawa dengan menggigit hujung jari, bayi akan berbeza dari yang lain, dan mungkin akan, hidup lebih lama.

Amalan ini telah dilarang dalam beberapa tahun terakhir. Namun, wanita tua dari suku dani papua ini banyak yang terlihat mempunyai jari yang telah terpotong kerana tradisi ekstrim ini.

GEMPAK :(7 GAMBAR) Hotel Twitter Pertama Di Dunia

Hotel Melia International adalah hotel pertama di dunia yang berkonsepkan jaringan sosial popular iaitu Twitter. Hotel ini terletak di Magaluf, Sepanyol. 
Hotel Melia memperbolehkan para pengunjung berinteraksi dengan staff mahupun pelancong lainnya melalui tweet 140 karakter. Untuk melakukannya, tetamu yang menginap perlu mengakses kemudahan WiFi hotel untuk bergabung di komuniti #SocialWave. Dari situ mereka boleh berbual, berkongsi foto atau mengirim emoticon dengan tetamu yang lain.Sebagai hotel berkonsep jaringan sosial, di setiap sudut hotel dihias khas sehingga mendorong pengunjungnya untuk sering ber’tweet’. Di bar restoran diletakkan stiker “Thirsty? Tweet Us #FillMyFridge”, begitu juga di tandas yang memiliki cermin dengan stiker lucu agar pengunjung boleh bergambar di sana. Pihak hotel juga membuat hashtag khusus untuk semua hal dan selalunya akan ada admin yang siap sedia menjawab pertanyaan tetamu via Twitter.Berlokasi di Mallorca, hotel ini memang menawarkan pengalaman baru merasakan perpaduan sensasi beristirehat sekaligus bergabung dengan komuniti virtual.

VIDEO : Bayi Digunakan Seludup Dadah

Kanak-kanak berusia 6 bulan  ini hilang ketika melawat Mexico dgn keluarganya. 45 minit kemudian di sempadan, ibu yg malang ini mendapati seorg lelaki membawa seorg kanak-kanak yg seiras anaknya. setelah lelaki tersebut menyedari diperhatikan ibu kanak-kanak ini.Lelaki berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkan jasad kanak-kanak malang ini. Setelah di periksa kanak ini telah meninggal dan hampir semua organ dalamannya dibuang dan digantikan sejumlah kokain.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved