Recommended Post Slide Out For Blogger
Showing posts with label Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Ngeri. Show all posts

NGERI : Wanita Dipenjara Potong Zakar Bekas Kekasih Dengan Kejam


 Sydney : Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba untuk memotong zakarnya dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan semalam dan mahkamah menerima bahawa tertuduh menderita kemurungan.

Jian Chen, 47, mengaku bersalah membunuh tanpa niat bekas teman lelakinya Jian Xiang Peng selepas diberikan ubat pelali hingga membawa maut dan ditikam pada Februari tahun berikutan pergaduhan mengenai wang dan anak lelaki pasangan terbabit.

Musnahkan ‘senjata raksasa’
Jian memberitahu seorang pakar psikiatri bahawa ‘sesuatu dalam dirinya’ meminta beliau memusnahkan ‘senjata raksasa’, di mana lelaki terbabit menggunakan zakar beliau untuk mencederakan wanita dan anak.”

“Saya tahu Peng menggunakan zakarnya untuk menarik wanita mendapatkan anak mereka, menggunakan kanak-kanak terbabit sebagai alat untuk memeras wang daripada kami,” kata Jian berikutan hukuman yang diterimanya.

“Ada sesuatu meminta saya melakukannya, jangan biarkan raksasa itu menjejaskan lebih ramai kanak-kanak.

“Saya ingat saya memotong zakarnya. Saya mengepam ke dalam tandas supaya beliau tidak menganiaya lebih ramai kanak-kanak dan beliau tidak boleh menganiaya lebih ramai wanita.”

Masuk ubat pelali dalam sup
Beliau memasukkan ubat pelali dalam sup mangsa sebelum menyerang dan menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk melaporkan ‘seseorang sudah mati’, dengan memberitahu operator “Saya bunuh dia, bekas teman lelaki saya, beliau seorang yang kejam”, katanya mengakui menikam pada leher dan zakar mangsa.

Hakim Monika Schmidt berkata polis menemui mangsa dengan pergelangan tangan dan kakinya dipenuhi darah akibat kecederaan di leher dan pangkal peha.

“Satu usaha untuk memandulkan beliau dibuat. Beliau luka sebelah pangkal peha dan zakarnya dipotong,” kata Schmidt, sambil menambah bahawa beliau kemudian mati di hospital akibat kecederaan teruk.

“Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa mengalami luka teruk. Ia diikuti mangsa tidak sedarkan diri.”

Schmidt memenjarakan Jian untuk tiga tahun sembilan bulan selepas mendapati tertuduh mengalami kemurungan yang sejak sekian lama. – AFP

NGERI : Kilang Proses Mayat Manusia

Sebuah kilang di Rusia menjalankan operasi penuaian buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian badan manusia untuk dijual.
Semua anggota badan ini dikutip dari pemandu mabuk yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta, orang yang tinggal bersendirian yang telah dibekukan yang mati dalam musim sejuk, penjenayah yang dikenakan hukuman mati atau kematian yang tidak dapat dijelaskan dan badan-badan yang tidak dituntut.
Beberapa bahagian badan dan tulang dijual kepada Universiti dalam pelbagai bahagian ke seluruh dunia. Tulang dan kaki dieksport ke farmasi di Ireland dan Jerman untuk membuat gigi.
Selain daripada Rusia, India juga dikenali sebagai tempat menuai bahagian-bahagian manusia untuk eksport.




PELIK : Adat Istiadat Potong Jari Yang Pelik






Mungkin ini merupakan salah satu tradisi paling ekstrim yang pernah saya tahu, tradisi potong jari ini dilakukan oleh suku dani di papua, tradisi potong jari ini dilakukan sebagai perwujudan kesedihan masyarakat suku dani pada acara pengebumian, selain memotong jari, mereka juga melumuri wajah mereka dengan abu dan tanah liat, sebagai ungkapan kesedihan.

Perlu diketahui tradisi ekstrim potong jari pada suku dani ini lebih banyak dilakukan oleh kaum wanita nya sebagai perwujudan rasa sedih dan penyesalan mereka .. Menurut Keyakinan suku dani. Jika orang yang meninggal dianggap kuat, diyakini bahawa roh-roh mereka akan mengandungi kekuatan sama juga. Dalam rangka untuk menenangkan dan mengusir roh-roh, beberapa amalan mengejutkan diikuti. Gadis yang berkaitan dengan si mayat mempunyai bahagian atas jari-jari mereka dipotong. Sebelum dipotong, jari-jari akan terikat dengan rentetan untuk lebih dari 30 minit. Setelah amputasi, hujung jari dibenarkan untuk kering, sebelum ianya dibakar dan abunya dikuburkan dalam sebuah kawasan khas.

Penjelasan lain yang ditawarkan untuk ritual pemotongan jari adalah bahawa rasa sakit fizikal melambangkan penderitaan dan rasa sakit kerana kehilangan orang yang dicintai. Dalam kes-kes seperti itu, jari akan dipotong oleh ahli-ahli keluarga terdekat, seperti ibu, ayah atau saudara. Dalam ritual aneh yang sama, hujung jari kelingking bayi juga digigit oleh ibu mereka. Ini mungkin berasal dari masa apabila bayi baru lahir kebanyakan meninggal, dari beberapa penyebab. Harapannya adalah bahawa dengan menggigit hujung jari, bayi akan berbeza dari yang lain, dan mungkin akan, hidup lebih lama.

Amalan ini telah dilarang dalam beberapa tahun terakhir. Namun, wanita tua dari suku dani papua ini banyak yang terlihat mempunyai jari yang telah terpotong kerana tradisi ekstrim ini.

VIDEO : Bayi Digunakan Seludup Dadah








Kanak-kanak berusia 6 bulan  ini hilang ketika melawat Mexico dgn keluarganya. 45 minit kemudian di sempadan, ibu yg malang ini mendapati seorg lelaki membawa seorg kanak-kanak yg seiras anaknya. setelah lelaki tersebut menyedari diperhatikan ibu kanak-kanak ini.Lelaki berkenaan terus melarikan diri dan meninggalkan jasad kanak-kanak malang ini. Setelah di periksa kanak ini telah meninggal dan hampir semua organ dalamannya dibuang dan digantikan sejumlah kokain.

NGERI:(17 GAMBAR)Pembedahan Payu Dara Pondan


















 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved