Hotel
Melia International adalah hotel pertama di dunia yang berkonsepkan jaringan sosial popular iaitu Twitter. Hotel ini terletak di Magaluf,
Sepanyol.
Hotel Melia memperbolehkan
para pengunjung berinteraksi dengan staff mahupun pelancong lainnya
melalui tweet 140 karakter. Untuk melakukannya, tetamu yang menginap
perlu mengakses kemudahan WiFi hotel untuk bergabung di komuniti
#SocialWave. Dari situ mereka boleh berbual, berkongsi foto atau
mengirim emoticon dengan tetamu yang lain.Sebagai hotel berkonsep jaringan
sosial, di setiap sudut hotel dihias khas sehingga mendorong
pengunjungnya untuk sering ber’tweet’. Di bar restoran diletakkan stiker
“Thirsty? Tweet Us #FillMyFridge”, begitu juga di tandas yang memiliki
cermin dengan stiker lucu agar pengunjung boleh bergambar di sana. Pihak
hotel juga membuat hashtag khusus untuk semua hal dan selalunya akan
ada admin yang siap sedia menjawab pertanyaan tetamu via Twitter.Berlokasi di Mallorca, hotel ini
memang menawarkan pengalaman baru merasakan perpaduan sensasi
beristirehat sekaligus bergabung dengan komuniti virtual.
penretak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap artikel dari sumber lain. Ia adalah sekadar perkongsian dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment