Recommended Post Slide Out For Blogger

Remaja Lelaki Maut Dirempuh Lori


Kuala Terengganu: “Pemandu lori treler itu membunyikan hon, tetapi arwah yang terjatuh di tengah jalan tidak sempat bangun sebelum dirempuh kenderaan berat itu,” kata Che Ku Mohd Nazmie Che Ku Romli, 19, rakan kepada Muhammad Shafiq Imran Syahril, 15, yang maut dalam kemalangan di Kampung Bukit Guntung, Tepoh, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian di atas sebuah jambatan jam 9 pagi, arwah yang juga pelumba pelapis Persatuan Lumba Basikal Kuala Terengganu dan Che Ku Mohd Nazmie bersama 43 rakan pelatih lain sedang berkayuh ke Lebuhraya Pantai Timur II untuk ke Bukit Besi, Dungun sebagai sebahagian latihan menghadapi satu kejohanan di Perlis pada 19 Jun ini.

Kejadian itu turut menyebabkan Che Ku Mohd Nazmie dan seorang lagi rakan arwah, Ahmad Fikri Ahmad Fazli, 17, mengalami kecederaan ringan di bahu dan tangan.


Che Ku Mohd Nazmie berkata, kejadian berlaku apabila seorang daripada pelumba di hadapan memperlahankan basikalnya kerana terdapat lubang di jalan sebelum dia yang mengekori rapat tidak sempat mengelak daripada bergesel dengan pelumba terbabit.

“Tayar kami bergesel dan saya terjatuh ke sebelah kanan jalan. Beberapa rakan di belakang saya termasuk arwah cuba mengelak daripada melanggar antara satu sama lain, tetapi gagal memandangkan jarak kami yang terlalu hampir.

INFO:Perbezaan Air Mineral Dan Air Minuman


AIR MINERAL


Air mineral adalah air yang diperolehi dari bawah tanah, dipam naik dan akan melalui proses penyulingan. Kemudian, air itu akan dibotolkan. Air ini mengandungi beberapa sumber mineral dari dalam tanah. Proses penyulingan ini akan memalui beberapa langkah bertujuan untuk membuang kuman dan bahan-bahan asing. Ianya boleh dikenali dengan warna PENUTUP BOTOL YANG BERWARNA (biru, hijau atau warna lain selain warna putih).


 AIR MINUMAN



Air minuman pula adalah air paip yang disuling. Dalam proses penyulingan beberapa elemen mineral ditambah pada air paip. Setelah menjalani proses pembersihan untuk menghilangkan bakteria dan bahan kimia dalam air, kandungan mineral juga turut berkurangan. Ianya boleh dikenali dengan warnaPENUTUP YANG BERWARNA PUTIH.

Ini adalah perbezaan yang telah dipersetujui oleh semua pembekal dan persatuan pembuat air botol minuman di Malaysia. Sekiranya ada botol air minuman lain selain yang berada dipasaran, misalnya air minuman Syarikat MLM DCL tu, itu berkemungkinan lain sebab ianya ditambahkan dengan Oksigen. Lagipun, syarikat ni menjual alat penapis untuk menghasilkan air minuman tersebut kan. Belum mencubanya tetapi ada yang cakap bagus.

Bagaimana pula dengan air minuman RO atau Reverse Osmosis? Jika dibotolkan, penutupnya adalah berwarna putih cuma yang membezakannya dengan air minuman suling ialah tertera pada botol RO Water atau Air Osmosis Berbalik. Kalau anda menggunakan mesin air minum reverse osmosis dirumah

Pendaki Malaysia Maut Di Everest


Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.

Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.

Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.

GEMPAK : (7GAMBAR) Kasut Yang Paling Berat

Dihasilkan oleh Warden, J.c Gardner pada tahun 1866, kasut ini juga dipanggil the Oregon Boot atau man-killer. Kasut ini mempunyai berat diantara 5 hingga 28 paun. Kasut ini telah dipakai oleh banduan untuk mengelakkan mereka dari larikan diri.

                                          







(INFO) Rahsia Di Bilik Hotel Yang KIta Wajib Tahu


Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. Ada yang pernah menginap di hotel3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Bukan semua hotel, diingatkan bukan semua hotel so jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kami taknak kena saman.


Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu.

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa ?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.


SUMBER

500 Duri Landak Tercacak Dimuka Anjing



Anjing bulldog berusia tiga tahun dari Oklahoma, mempelajari sesuatu yang mungkin tidak akan dilupakannya selepas diserang seekor landak hingga menyebabkan 500 duri landak melekat pada mukanya.

Mereka percaya sebahagian duri berkenaan masih berada di dalam tubuh Bella Mae meskipun anjing itu kini pulih daripada serangan itu.

Jerry dan isteri, Allison Noles memberitahu stesen televisyen KWTV bahawa anjing itu bermain dengan haiwan peliharaan mereka yang lain berhampiran kolam keluarga itu apabila mereka berdepan dengan seekor landak.

Keluarga itu percaya landak terbabit berada di kolam mereka untuk meminum air yang kini sukar didapati di Oklahoma.

Pasangan itu yakin Bella Mae berada terlalu rapat dan mencetuskan kemarahan landak berkenaan, menyebabkan ia melancarkan serangan.

Doktor veterinar di Pusat Kesemasan Untuk Haiwan, Leonardo Baez memberitahu KWTV, dia belum pernah melihat serangan landak sebegitu teruk ke atas haiwan peliharaan.

KEJAM:(9 GAMBAR) Penjara Terkejam Didunia !


Amerika Syarikat boleh 'berbangga' dengan Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu. Namun Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) mempunyai penjara yang paling mematikan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).


Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi). Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953. Selama berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).
Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjaga Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah mereka yang tewas disini adalah 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman Gulag semakin kuat kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.
Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dikerah sebagai buruh paksa. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.
Penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel kereta yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih ada. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, banyak dari mereka yang melompat dari kereta ketika hendak dibawa ke dalam penjara.











Angelina Jolie Membuang Kedua Belah Dada Bagi Mengelakkan Kanser

  Pelakon terkenal Angelina Jolie mengumumkan beliau sudahpun menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah buah dada beliau bagi mengurangkan risiko mengidap kanser payudara. Dalam artikel yang ditulis oleh beliau di New York Times hari ini, Angelina berkata beliau diberitahu pihak doktor beliau mempunyai 87% kebarangkalian mengidap kanser payudara dan 51% kebarangkalian mengidap kanser ovari. Ini adalah kerana beliau didapati membawa gen BRCA1 yang mengakibatkan kedua-dua kenser ini berlaku di kalangan wanita. Angelian berkata beliau mula menjalani pembedahan membuang buah dada beliau Febuari lalu dan rawatan selesai pada bulan April. Bagi menjalani kehidupan yang normal, buah dada beliau kini digantikan dengan implan.


Pelakon yang terkenal dengan kesesksian beliau ini berkata tindakan drastik ini diambil kerana beliau kehilangan ibu beliau Marceline Beartrand (57) pada tahun 2007 yang mengidap kenser payudara. Angelina tidak mahu anak-anak beliau kehilangan ibu mereka akibat penyakit yang sama. Beliau berharap kaum wanita di luar sana supaya melakukan ujian bagi melihat sama ada mereka membawa gen maut BRCA1 dan berharap mereka mempunyai keberanian untuk melakukan pembedahan drastik ini seperti beliau. Apa yang dilakukan oleh beliau ini memang mengejutkan tetapi paham beliau mahu terus menjadi ibu kepada anak-anak beliau selama yang mungkin tanpa perlu risau diserang kanser maut ini.

(6 GAMBAR) Lembu Paling Comel Di Dunia

Apa yang anda lihat di bawah bukanlah photoshop tetapi lembu yang dipamper sehingga mempunyai bulu yang gebu. Lembu-lembu ini dibela semata-mata untuk dipertandingan di pameran-pameran lembu di Amerika Syarikat. Bulu lembu "ratu cantik" ini diberus dan diguntung untuk kelihatan seperti bulu teddy bear



 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved