Recommended Post Slide Out For Blogger
Showing posts with label Kejam. Show all posts
Showing posts with label Kejam. Show all posts

Bayi Hampir Mati Dikelar


Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.


Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.


“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.

Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.

Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggu.

PELIK : Katak Dihidangkan Hidup-Hidup Di Jepun

Untuk menjaga kesegaran, selama di dapur, katak itu dibiarkan tetap hidup hingga ada pelanggan yang memesannya. Setelah ditempah, chef khusus sashimi akan menghiris katak itu, kemudian merobek kulitnya. Saat disajikan di pinggan sejuk, katak masih boleh berkelip, dan mengerutkan diri.

Menurut Stomp, katak yang digunakan untuk hidangan ini adalah katak jenis bullfrog. Katak ini biasa disajikan kerana selamat dan enak rasanya. Restoran itu biasanya menghidangkan lima ekor katak per harinya.

Para pembaca Stomp mengutuk tindakan itu. Menurut mereka, hal itu adalah tindakan yang kejam untuk haiwan. "Saya merasa tidak selesa melihat wanita yang memakannya tetap tersenyum saat memakan katak itu. Padahal si katak sedang melihatnya, "kata salah satu pembaca.

"Saya suka makan bubur katak, terutama bahagian kakinya," kata pembaca lain. Pembaca itu tidak masalah memakan makanan mentah. Tapi ia tidak mau melihat katak yang masih boleh bergerak di pinggan dan mati di depan matanya.

Katak jenis bullfrog sebagai makanan bukan hal yang pelik. Justeru makanan itu termasuk makanan yang lazat di daerah Namibia, Afrika. Di tempat itu, mereka memakan seluruh badannya, kecuali bahagian organ dalamnya. Di Amerika, katak jenis ini juga dimakan setelah dimasak. Namun memakannya dalam keadaan segar dan masih bergerak serta berkelip termasuk langka di Jepun.





 

KEJAM:(9 GAMBAR) Penjara Terkejam Didunia !


Amerika Syarikat boleh 'berbangga' dengan Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu. Namun Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) mempunyai penjara yang paling mematikan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).


Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi). Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953. Selama berkuasa, Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan Soviet).
Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag. Penjaga Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah mereka yang tewas disini adalah 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang meninggal akibat bencana. Kekejaman Gulag semakin kuat kerana lokasinya berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.
Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para banduan dikerah sebagai buruh paksa. Kemudian mereka kembali ke dalam kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.
Penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin. Namun ketika ini, kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan bangunan. Rel-rel kereta yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga masih ada. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, banyak dari mereka yang melompat dari kereta ketika hendak dibawa ke dalam penjara.











 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved