Amerika Syarikat boleh 'berbangga' dengan
Alcatraz yang dikenali sebagai penjara paling seram di dunia atau Brazil
dengan Penjara Carandiru sebagai penjara terkejam masa kini yang pernah
menelan banyak korban banduan dalam rusuhan besar suatu ketika dulu.
Namun Rusia (dahulu Kesatuan Soviet) mempunyai penjara yang paling
mematikan di dunia, iaitu Glavnoe Upravlenie Lagerei (Penjara Gulang).
Penjara ini dibina ketika zaman regim Joseph Stalin yang merupakan
diktator Kesatuan Soviet yang diberi gelaran “Steel Man” (lelaki besi).
Joseph Stalin memerintah antara tahun 1922-1953. Selama berkuasa,
Stalin dikatakan telah memerintah pembunuhan sekitar 40 juta orang warga
Kesatuan Soviet (termasuk negara-negara yang kini merdeka dari Kesatuan
Soviet).
Pada masa itu para penentang Stalin dikumpulkan di Penjara Gulag.
Penjaga Gulag tidak ubah seperti neraka pembawa kematian. Jumlah mereka
yang tewas disini adalah 7 kali lebih banyak dari jumlah korban yang
meninggal akibat bencana. Kekejaman Gulag semakin kuat kerana lokasinya
berada di tengah Hutan Taga, Siberia, Rusia yang suhunya selalu sejuk.
Sebahagian besar tahanan dihukum dengan keadaan yang menyedihkan. Ada
yang dibunuh kejam, ada pula yang meninggal kerana kelaparan. Para
banduan dikerah sebagai buruh paksa. Kemudian mereka kembali ke dalam
kem kayu yang dilindungi pagar dan kawat berduri.
Penjara ini ditutup sejak tahun 1953, seiring dengan kematian Stalin.
Namun ketika ini, kita masih boleh melihat bekas-bekas runtuhan
bangunan. Rel-rel kereta yang digunakan untuk membawa tahanan masuk juga
masih ada. Inilah salah satu saksi bisu kematian tahanan, banyak dari
mereka yang melompat dari kereta ketika hendak dibawa ke dalam penjara.
penretak.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap artikel dari sumber lain. Ia adalah sekadar perkongsian dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
No comments:
Post a Comment