skip to main |
skip to sidebar
KULIM - Masalah ponteng sekolah bukan satu perkara baru malah ada antara mereka yang menjadikan kawasan rekreasi seperti air terjun untuk bermadu kasih.
Walaupun perbuatan mereka dilakukan secara senyap, namun ia berjaya dikesan penduduk tempatan.
Seorang penduduk yang tinggal berhampiran sebuah taman rekreasi di sini berkata, selalunya pelajar sekolah berpasangan akan menaiki motosikal berasingan dan berjumpa di rumah rehat disediakan sebelum berjalan ke kawasan lebih sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.
Menurutnya, dari tinjauan, kebanyakan pelajar sekolah terlibat berusia antara 16 hingga 17 tahun dan memakai uniform sekolah.
Mereka akan ke kawasan rekreasi seawal jam 8 pagi dan meletakkan motosikal mereka dalam kawasan semak.
Katanya penduduk juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sering dijadikan tempat pasangan ini ponteng sekolah selain melakukan maksiat.
Papan tanda turut dipasang bagi mengingatkan pengunjung supaya tidak melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun ia tidak diendahkan.
“Penduduk sering jumpa motosikal yang disembunyikan. Ada penduduk yang memberi teguran kepada pasangan terlibat tetapi tidak dihiraukan. Alasannya, mereka ingin belajar.
"Kita ada kemudahan perpustakaan di Pekan Kulim. Kalau betul hendak belajar, pergilah ke sana dan bukan duduk di tempat sunyi dan berpasangan. Oleh itu, saya minta pihak berkuasa pantau dan tahan pasangan terlibat supaya taman rekreasi ini tidak dijadikan tempat mereka melakukan maksiat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, dari tangkapan dibuat, pasangan bawah umur dan masih bersekolah merupakan golongan yang paling ramai ditahan setiap kali operasi dijalankan.
“Saya ingin memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa orang awam juga boleh menahan mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan rekreasi.
"Apa yang perlu mereka lakukan adalah merakamkan perbuatan dibuat oleh pasangan itu sebelum menyerahkan mereka kepada mana-mana balai polis berhampiran dan memaklumkan tangkapan itu kepada PADK. Kami akan datang ke balai polis dan membuat tangkapan semula," katanya.
Azmi meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mencederakan pasangan terlibat sebaliknya menyerahkan mereka kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka terlibat.
ALIPURDAR, India - Seorang pemetik teh berusia 35 tahun di sini diekori oleh ramai pengikut pada setiap hari kerana dia mempunyai ekor sepanjang 0.4 meter di belakang badannya.
Keganjilan pada badan lelaki berkenaan, Chandre Oraon menyebabkan mereka memujanya sebagai dewa.
Chandre yang mempunyai ekor sejak lahir dianggap sebagai jelmaan dewa monyet, Hanuman oleh sebahagian masyarakat Hindu.
Pada setiap hari, pengikut Hanuman dari seluruh India akan menziarahi Chandre di rumah lelaki itu dengan harapan dapat menyentuh ekornya bagi mendapat rahmat.
Seorang wanita, Monika Lakda berkata, dia berjalan selama semalaman untuk menemui Chandre di kediamannya dengan harapan lelaki itu dapat menyembuhkan anak saudaranya yang menghidap demam.
"Kami memberinya ubat tetapi tidak berhasil. Justeru saya datang menemui Chandre untuk meminta rahmat. Bayi berkenaan sembuh tidak lama selepas itu," katanya seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mail.
"Kami percaya Chandre adalah jelmaan Hanuman," tambahnya.
Namun, bukan semua orang percaya ekor Chandre merupakan tanda dia adalah dewa.
Seorang pegawai perubatan tempatan, Bhushan Chakraborty memberitahu akhbar Indian Express bahawa di sebalik keganjilan fizikal Chandre, dia bukannya dewa monyet.
"Lelaki itu memanjat pokok, berkelakuan seperti monyet tetapi ekornya adalah disebabkan oleh kecacatan semasa lahir," kata Bhushan.
Keadaan fizikal lelaki itu, menurut Bushan berlaku apabila tulang belakangnya memanjang dengan tidak sempurna. - Agensi
KAJANG - Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dia nekad meminum racun serangga malam kelmarin dipercayai akibat tidak tahan dibuli dan diejek rakan sekelas.
Mangsa, T. Kavinraj, 13, yang juga pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih di sini mengalami tekanan perasaan selepas diejek dan dipulau oleh rakan-rakan kerana dia tidak mempunyai bapa.
Akibatnya, anak sulung daripada empat beradik itu berasakan dirinya terasing di sekolah itu tanpa sebarang kawan.
Bapa mangsa, P. Thangavelu, mati pada Disember 2012 akibat serangan strok.
Mendiang Thangavelu meninggalkan empat orang anak berumur antara lapan hingga 13 tahun termasuk Kavinraj serta balu, B. Thanamalar, 43.
Mangsa yang mendapat keputusan 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rinching di sini juga dikatakan dipulau rakan kerana ditempatkan di kelas keempat dan terakhir.
Ibu mangsa, B. Thanamalar, mendakwa, anaknya itu mengadu telah meminum racun serangga perosak yang disimpan di dalam rumah pada kira-kira pukul 9.30 malam.
"Dia datang kepada saya dan beritahu tekaknya terasa pedih sebab minum racun. Mungkin dia sangat tertekan kerana teringat kepada bapanya.
"Saya cepat-cepat bawa dia ke Hospital Serdang. Semasa 15 minit dirawat, dia disahkan mati selepas batuk darah," katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Rinching di sini semalam.
Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, B. Ananthi, 47, mendakwa, rakan sekelas mangsa mengejek dan memulau Kavinraj setiap hari.
Keadaan itu menyebabkan anak saudaranya itu mengalami masalah kemurungan.
"Kawan-kawan dia ejek, budak pandai tak ada ayah, mana boleh duduk kelas ini, pergi masuk kelas budak pandai. Tak sangka dia sangat tertekan dengan ejekan itu," katanya.
Beliau menjelaskan, Kavinraj ada mengadu yang dia dibuli di sekolah dan ibunya telah menasihatkannya supaya bersabar.
Katanya, anak saudaranya itu juga mengadu kepada gurunya supaya ditukarkan kelas dan gurunya meminta supaya tunggu pada hari Isnin lepas.
"Dia ada memaklumkan perkara itu kepada ibunya semasa pulang dari sekolah pada Khamis lalu tetapi pada malam Jumaat, dia minum racun," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.
Ketika ini sedang rancak berlangsung
Anugerah Meletop Era 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil yang boleh
disaksikan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro
Maya (135).
Dato’ AC Mizal, Neelofa
dan Nabil Ahmad telah diberikan kepercayaan untuk mengacarakan anugerah
berprestij itu manakala acara Karpet Merah pula dihoskan oleh pengacara
sedang meningkat naik, Hanis Zalikha dan Aril AF.
Semestinya, penampilan aktres jelita, Neelofa paling menarik perhatian
penonton apabila tampil dengan fesyen pelik. Rata-rata peminat yang
melihat fesyen itu terkedu dan tertanya-tanya jenis pakaian yang cuba
ditampilkan beliau.
JERTEH - Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.
Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini.
Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam.
Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris 2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.
Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini.
Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.
Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Nur Syazwani Ariffin, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. - Bernama
SHAH ALAM – Sepucuk pistol lama jenis Browning ditemui di dalam tandas lelaki Stadium Shah Alam di sini, ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Roslan Abdullah berkata, pistol mengandungi tujuh butir peluru itu ditemui oleh anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar stadium itu kira-kira jam 9.30 malam.
Menurutnya, polis masih belum dapat mengenal pasti motif pistol itu dibawa masuk.
"Kita tidak tahu siapa pemilik pistol itu." katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Dalam perkembangan lain, seramai lima individu berumur 19 hingga 24 tahun ditahan kerana membakar mercun, suar dan membaling botol, manakala 86 lagi ditahan kerana terlibat menjual tiket palsu.
Pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan tidak ada rekod jenayah. Seorang daripada mereka adalah penuntut sebuah universiti tempatan.
“Keterangan mereka telah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
1. Highland Tower
Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang terkorban dan terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang. Hanya segelintir mayat sahaja yang dijumpai. Selebihnya masih terkubur di sana.
2. Banglo Mona Fandey
Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis yang juga merupakan seorang bomoh. Dia dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan negara.
3. Lebuhraya Karak
Pernah gempar dengan cerita kehadiran Volkswagon kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Lebih-lebih lagi apabila di kawasan terowong ini. Lebuhraya ini seringkali menjadi tempat kemalangan maut.
4. Amber Apartment
Sebuah apartment
usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung. Di
sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan
beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah
melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang
apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
5. Kemayan City
Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.
6.Villa Nabila
Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru digemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak itu, banyak kejadian mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut.
7. Penjara Pudu
Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.
Rakaman ini menunjukkan seorang guru di sebuah taska yang didapati memukul anak-anak yang dijaganya melalui kamera tersembunyi yang diletakkan dalam sebuah beg.
Lokasi taska ini tidak dapat dipastikan, tetapi penjaga ini, seorang wanita, didapati memukul kepala seorang budak yang mungkin hanya berusia antara satu hingga tiga tahun berkali-kali sehingga anak itu menangis kerana tidak mengambil lampin pakai buang apabila disuruh. Apa yang pasti, mengikut blog ini kejadian itu berlaku di sebuah taska di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan mengikut video, ia dirakamkan pada 18 Oktober lepas.
Satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita yang menghantar anak ke taska ini pada 20 Oktober memandangkan dia risau dengan nasib anaknya dan anak-anak yang lain sekiranya berterusan dijaga di taska tersebut.
"Pada 20.10.2013 lebih kurang pukul 11.00 pagi, saya telah dpanggil oleh pegawai JPJ(PO) yang bernama ……….. di JPJ Wangsa Maju untuk melihat video rakaman perbuatan memukul kanak-kanak di Taska Permata Harapan, Taman Melati Wangsa Maju Kuala Lumpur. Saya dan ……… menghantar anak di bawah jagaan taska itu. Di dalam video tersebut saya dapat lihat wajah anak saya dengan jelas dalam ketakutan, saya juga lihat pekerja yang juga pemilik taska yang dikenali sebagai Puan Rozita memukul kanak-kanak di taska. Menurut ………….video ini dirakam olehnya melalui kamera yang dipasang di dalam beg pakaian anaknya. Menurut beliau juga perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak JKM dan juga Kemas. Bersama laporan ini saya bawakan sekali rakaman video tersebut. Saya merasa bimbang terhadap anak saya dan juga kanak-kanak lain yang berada di bawah jagaan taska itu. Oleh itu saya hadir di Balai Polis Wangsa Maju untuk membuat laporan. Sekian laporan saya."
Tidak disangka sama sekali seorang yang mencari makan dengan membuka taska sanggup memukul anak kecil sedangkan khidmatnya untuk menjaga anak adalah khidmat dibayar. Sekiranya tidak sanggup menjaga, maka beliau sepatutnya tidak membuka taska malah tidak sesuai membuka zoo sekali pun.
Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.
“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.
“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.
Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.
Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggu.