Recommended Post Slide Out For Blogger

FAKTA : Fakta Tentang Ular King Cobra Yang Anda Tak Pernah Tahu


1.King Cobra – ular berbisa terbesar, ia boleh mencapai panjang 6 meter.
     

2. Walaupun namanya, ular tedung ini bukan kes itu dan membentuk genus berasingan.
     

3. King Cobra – hanya ular yang makan ular lain, termasuk satu ularr uang beracun.
    
 4. Pada mesyuarat itu ular tedung raja diukur oleh pertumbuhan. Salah satu yang lebih pendek adalah malu merangkak.
    
 5. Patukan atau Bisa ular King Cobra ini boleh membunuh seekor gajah.
    
 6. Seperti ular lain, mereka boleh mengawal amaun racun. Mereka sering menggigit orang tanpa apa-apa racun, tidak mengunakan racun itu pada  yang mereka tidak mahu makan.
    
 7.Ular  tedung ini juga biasanya dalam bergerak dalam 2 ekor…selalunya jantan dan betina
    
 8. Untuk mengawan , ular tedung boleh mengambil masa sehingga 72 jam.
     

9. Seperti kebanyakan ular lain, mereka membina sarang dan penjagaan untuk anak-anaknya…
    
 10. king Cobra ini mempunyai memori yang sangat baik dan mampu untuk membezakan musuh dan ancaman.

ARTIS : Scha Al-Yahya Sedia Bergelar 'Mummy' Selepas Menjalani Pembedahan


BARU saja dikejutkan dengan berita menjalani pembedahan membuang ketumbuhan Endometriosis dalam rahimnya pada awal September lalu, pelakon dan pengacara, Scha Al Yahya, kini giat merencanakan karier seninya.

Menyifatkan ia sebahagian dari dugaan dalam hidupnya, isteri kepada hos terkenal, Awal Ashaari, ini bagaimanapun, memanjatkan rasa syukur kerana penyakit itu tidak menjejaskan rahimnya. 

Sebagai wanita, tipulah sekiranya dia tidak berasa risau dengan penyakit itu, sementelah ia melibatkan sistem reproduksi yang menghasilkan zuriat. Malah akui Scha, suamilah yang paling risau dengan situasi yang dialaminya.

“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius, tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi.

"Saya juga bersyukur kerana semuanya berjalan dengan selamat,” ujar Scha yang turut memuji sikap Awal yang sentiasa bersamanya di saat susah dan senang.

Menyentuh mengenai cahaya mata, Scha berkata, seperti pasangan lain, dia dan Awal juga sudah bersedia sekiranya dikurniakan rezeki dari ALLAH SWT. Namun kesibukan karier, membuatkan mereka tidak mahu terlalu memikirkannya.

“Memang saya sudah bersedia untuk bergelar ‘mummy’, Tapi buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing," katanya ringkas.


Perompak Insaf Pulangkan Balik Duit Yang Dirompak 12 Tahun Lepas




SIKAP perompak yang insaf dan memulangkan kembali wang hasil rompakan sememangnya jarang terjadi dan harus dicontohi.

Meskipun kejadian berlaku lebih 12 tahun lalu, namun dia nekad mengembalikan wang yang dirompak dalam usahanya untuk kembali membetulkan kesilapan yang telah dilakukan sekali gus membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Walaupun tidak berdepan secara bersemuka dengan pemilik wang, tindakan bekas perompak itu meninggalkan sampul surat berisi nota tulisan tangan meminta maaf dan wang AS$400 (RM1,300) harus dipuji.

Dalam notanya, bekas perompak itu menjelaskan, dia tidak lagi mengambil dadah dan mahu membetulkan kesilapan terhadap mereka yang pernah disakitinya.

Pewaris kedai runcit InterAsian Market & Deli di Nashville, Amerika Syarikat Somboon Wu berkata, walaupun tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia ingin masyarakat tahu lelaki itu perlu diberikan peluang kedua.

“Kami berasa terharu dengan sikap bekas perompak ini. Dia perlu dipuji  kerana telah insaf. Tindakannya itu memberi inspirasi kepada bekas perompak yang senasib dengannya. Kepada lelaki ini, kami ingin memberitahu, anda telah dimaafkan. Semoga anda mendapat ketenangan dan kemakmuran dalam hidup,” katanya pada laporan Daily Mail

Wu dan bapanya Keosavanh Xayarath memuat naik gambar nota itu di laman Twitter dan Instagram dengan keterangan: “Kami telah dirompak kira-kira 11 atau 12 tahun lalu. Hari ini kami terkejut menerima nota ini daripada perompak yang mengembalikan semula wang tunai".

Wu menerima kedatangan seorang lelaki tidak dikenali awal bulan lalu yang berkeras menyuruhnya menerima sampul surat. Tanpa diketahui, lelaki itu adalah lelaki sama yang melakukan rompakan bersenjata dan melarikan wang lebih AS$300 (RM980) lebih sedekad lalu.

ARTIS : Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Adam AF & Fiza Elite

Bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam, sebentar tadi Adam AF dan Fiza Elite telah pun bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Jutaan tahniah Kami ucapkan kepada mereka berdua.

Selamat melayari bahtera perkahwinan buat anda berdua. Beberapa lagi gambar sekitar majlis pernikahan Adam AF dan Fiza Elite dengan membaca artikel ini sepenuhnya.








Isteri Mat Yo Enggan Memberikan Apa-Apa Komen Perkara Yang Berlaku Baru-Baru ni


Setelah menyerahkan kes ini kepada pihak polis dan diatas nasihat peguamnya, isteri Mat Yo yang ditemubual media enggan memberikan komen berhubung klip video yang kini tersebar meluas dilaman sosial, menurutnya,

“Saya sudah serahkan kes ini kepada polis dan atas nasihat peguam, saya tidak boleh buat apa-apa komen.” Itu kata Siti Aisya Adam, 24, isteri penyerang bola sepak kebangsaan Nor Shahrul Idlan Talaha, 27, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Yo.

Adegan pertengkaran Siti Aisya dengan pengawal keselamatan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTAAS) Subang, di sini, berlaku di pekarangan lapangan terbang berkenaan pada 12 September lalu.

Sehingga jam 7 malam semalam, rakaman video berdurasi 55 saat itu ditonton hampir 100,000 pelayar Internet di laman YouTube, selain menjadi topik hangat di laman sosial facebook (FB), malah ada pihak yang turut membuat video parodi (meniru secara mengejek) isteri Mat Yo.

Ketika ditanya kepada Siti Aisya, sama ada dia memuat naik rakaman video pertengkaran itu ke Internet, dia enggan mengakui atau menafikannya.

ARTIS : Scha Al-Yahya Menghidap Kanser Pangkal Rahim


Pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya dikhabarkan baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan dalam rahimnya awal September yang lalu.

Doktor mengesahkan dirinya menghidap Endometriosis iaitu sejenis ketumbuhan dalam rahim.

“Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa.

“Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi,” katanya memetik laporan Metro Ahad.

Selepas menjalani pembedahan itu, doktor menyarankan pelakon kelahiran Kedah ini untuk berehat selama sebulan namun disebabkan beliau tidak boleh duduk diam, Scha hanya bercuti selama dua minggu sebelum kembali bertugas seperti biasa.


sumber

Pelajar Lari Rumah Gara-Gara Takut PMR

Petaling Jaya: Seorang pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu dibawa pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.

Dia dikatakan hanya ditemui orang awam ketika bersembunyi di dalam tandas di sebuah pasar raya sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Sebelum ini, ibunya Rosziana Mohamed, 47, merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.



Jasad Chin Peng Dibakar Di Bangkok,Thailand


BANGKOK - Jasad bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibakar petang semalam di Wat That Thong, Jalan Sukhumvit di sini, lapor akhbar Bangkok Post.

Dia meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September lalu pada usia 89 tahun akibat sakit tua.

Memetik laporan akhbar dalam talian The Star, mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibakar sekitar pukul 6 petang.

Bangkok Post juga melaporkan bahawa abu mayatnya mungkin disemadikan di selatan Thailand.

Kematian pemimpin yang berasal dari Sitiawan, Perak itu telah mencetuskan kontroversi apabila kerajaan Malaysia menghalang jasad atau abu mayatnya dibawa pulang.

Chin Peng tinggal dalam buangan di Thailand selama lebih lima dekad dan dilarang kembali ke Malaysia.

Menurut sumber-sumber keluarganya, sebahagian abu mayat Chin Peng mungkin disimpan oleh anak dan cucunya.

Sebahagian lagi abu mayatnya dikatakan bakal disemadikan di empat kampung yang didiami rakan seperjuangannya dalam PKM.

Empat kampung tersebut terletak di Betong, Kabang dan Tarnto, Yala serta Sukhirin di daerah Narathiwat. - Agensi

PELIK : Haiwan Pelik Dijumpai Pekerja Binaan



Menggemparkan apabila beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di Sungai Siput, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’.


Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.


“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved