Recommended Post Slide Out For Blogger
Showing posts with label Haiwan. Show all posts
Showing posts with label Haiwan. Show all posts

PELIK : Haiwan Pelik Dijumpai Pekerja Binaan



Menggemparkan apabila beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di Sungai Siput, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’.


Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.


“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.

(6 GAMBAR) Haiwan-Haiwan Yang Jarang Ditemui Didunia

Terdapat banyak haiwan yang indah di dunia ini yang besar. Ada yang biasa kepada kita kerana kita telah melihat mereka di zoo , banyak rancangan khaskan ditelevisyen  menunjukkan tentang  haiwan, atau dalam buku-buku sekolah atau buku-buku teks biologi. Haiwan lain yang jarang berlaku. Jadi jarang berlaku, sebenarnya, mungkin anda  tidak pernah mendengar tentang mereka dan tahu bahawa mereka adalah amat jarang berlaku kerana mereka amat terancam. Berikut adalah beberapa haiwan yang jarang ditemui di dunia.
 
 
 
 
 
 

1.Tarsiers

 
 
 

2.Okapi

 

 
 3.Sao Tome Shrew
 
 
 
 
 
 4.Northern Hairy-Nosed Wombat
 
 
 
 
 
 5.Javan Rhino
 
 
 
 
 
 6.Pinta Island Tortoise
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved