skip to main |
skip to sidebar
SHAH ALAM - Empat lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap tuduhan menculik seorang penganggur di sebuah Restoran Sri Taman Muda, awal minggu lalu.
Mohamad Asri Mohammad Jamil, 22, Mohd Mazli Sazeli, 26, Zulkarnain Abdul Rahman, 29, dan Agus Hariyanto Mahmod Husen, 27, faham dengan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Majistret Nurul Syahida Zainal.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh.
Mereka didakwa bersama dua lagi yang masih bebas telah menahan Ng Mun Tatt, 21, untuk mendapatkan wang tebusan RM3,000.
Perbuatan tersebut didakwa melakukan penculikan itu di Restoran Muneer, No 1 Jalan Merdu 25/119, Seksyen 25, Taman Sri Muda, di sini, jam 4.30 pagi, 15 Julai lalu.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika didapati bersalah.
SUMBER

Mitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui | Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut ketika rambut basah kerana takut nanti rambut akan berbuah. Tanpa usul periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.
Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos.
Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.
Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
MITOS - Anda sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya anda rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.
Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari
MITOS - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kulit kepala, apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah.
Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.
Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.
Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
FAKTA - Apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar.
Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan Alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopeciamemang boleh mengakibatkan rambut gugurMitos Dan Fakta Tentang Rambut Yang Anda Tidak Pernah Ketahui | Pasti anda pernah mendengar bahawa ramai bercakap jangan mengikat rambut ketika rambut basah kerana takut nanti rambut akan berbuah. Tanpa usul periksa, anda terus menganggap apa yang dikatakannya itu fakta.
Tetapi anda perlu tahu bahawa tidak semua informasi itu benar. Jadi di sini kami inginkan kongsikan yang mana fakta dan yang mana satu mitos.
Perapi rambut boleh memperbaiki rambut bercabang
MITOS - Tidak kiralah seberapa banyak iklan perapi yang mengaku boleh memperbaiki rambut bercabang, kenyataannya tidak sedemikian. Perapi sememangnya boleh memperbaiki rambut bercabang, namun hujung rambut yang telah bercabang tetap ada. Cara untuk menyingkirkan hujung rambut bercabang adalah memotongnya secara teratur setiap empat hingga enam minggu.
Jangan tidur dengan rambut basah kerana kurap akan tumbuh
MITOS - Anda sebenarnya boleh tidur dengan rambut basah tanpa risau kurap atau bakteria akan tumbuh di kulit kepala. Kulit kepala tidak akan didatangi kurap atau sebarang bakteria sekiranya anda rajin merawat dan menjaga kulit kepala agar sentiasa bersih.
Rambut akan tumbuh lebat dengan bersikat 100 kali sehari
MITOS - Fikirkan semula tentang perkara ini. Bagaimana hanya dengan bersikat rambut 100 kali sehari boleh menumbuhkan rambut? Bersikat secara berlebihan sebenarnya boleh merosakkan kulit kepala, apa lagi jika kamu menggunakan sikat yang salah.
Berkongsi sikat boleh menyebarkan penyakit
FAKTA - Setiap orang harus punya sikatnya tersendiri. Sejumlah parasit seperti kutu boleh hidup pada sikat dan ia dengan mudah akan menular dari satu kepala ke kepala yang lain.
Lebih banyak bersyampu membuatkan rambut akan lebih bersih
MITOS - Tidak kisahlah seberapa banyak syampu yang anda gunakan, asalkan ia telah membersihkan keseluruhan rambut hasilnya akan sama sahaja. Jangan membazir syampu dan gunakanlah dengan jumlah yang secukupnya.
Makanan mempengaruhi kualiti dan kesihatan rambut
FAKTA - Apa yang anda makan memiliki kesan terhadap kualiti dan kesihatan rambut. Pola makan yang seimbang ditambah pula dengan suplemen multivitamin akan membuatkan rambut anda tumbuh lebih sihat dan bersinar.
Mengikat rambut dengan tegang dan ketat boleh menyebabkan kebotakan
FAKTA - Mengikat rambut tegang atau tertarik boleh menyebabkan Alopecia. Situasi ini terjadi apabila anda sering mengikat rambut secara ketat tanpa membiarkan rambut berehat. Alopeciamemang boleh mengakibatkan rambut gugur dan kebotakan. dan kebotakan.
Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih
menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di
kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin!
Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan
balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi
penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin
tetapi masih melakukan seks bebas.
Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit
Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan,
Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati
masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita
ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat
manfaat dan pengajaran darinya.
“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah
tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih
jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung
litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah
mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan
menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu
hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan
seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga
beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup
tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas
En.Idris.
Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui
pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya,
beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak
bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin
pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke
sana ke mari.
Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar
masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam
bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah
pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari
wang dan membela nasib keluarganya.
Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras
seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar
sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan
gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang
mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada
beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai
juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.
Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa
disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak
Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap
beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand
termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.
Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh
seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras
seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain
yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa
dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula
membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib
sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas
hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya
Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan
dengan meniduri dirinya.
Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku
setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di
sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga
membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya
Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand.
Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.
Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang
ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi
dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat
setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian
semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala
isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat
tidak tahu sahaja.
Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi
manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya
satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya
berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak
mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.
Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam
dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa
minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul
maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali
kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis
nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya
terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan
Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam
keadaaan yang sebegitu.
Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan
jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali
tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan
ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak
mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan
liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi.
Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga
masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat
Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.
Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat
sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan
daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu
mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak,
bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin
agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil
penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah
Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.
Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang
mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah
didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit
tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa
kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya
menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.
Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk
ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya.
Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku.
Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di
bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya
mendapatkan kad pengenalannya itu.
Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian
yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf
bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah
hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi
diakhirat kelak.
Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia
tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang
besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan
berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.
Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang,
apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina.
Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.
Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya
supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau
keluarga kita, minta disisihkan Allah.
KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan daripada ibu bapa kanak-kanak perempuan yang mati akibat kelemasan setelah ditinggalkan tanpa sengaja di dalam kereta di Subang Jaya pada Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata rekod bertulis belum diambil kerana ibu bapa kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan trauma ekoran kejadian itu.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 33, Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan, katanya kepada Bernama.
Seksyen ini memperuntuk hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian itu, Nawal Iris Samsudin, 3, ditinggalkan selama lebih lima jam di dalam kereta ibunya di bawah panas terik di tempat letak kereta sebuah sekolah menengah di USJ4.
Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Serdang menunjukkan kanak-kanak itu meninggal dunia akibat 'heat stroke'. - Bernama

Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.
Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.
Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.
“Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama.
“Peruntukan tersebut juga tertakluk untuk bahan kimia lain yang dikesan dalam cecair e-Cigarette jika ia merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Amaran itu dibuat Jabatan Kesihatan negeri kerana e-Cigarette yang didakwa sebagai alat bantuan berhenti merokok dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di negeri ini.
Ia dipasarkan dalam bentuk set yang menggunakan cecair e-Cigarette untuk menghasilkan wap dalam rokok elektronik tersebut.
Sementara itu, Zulkifli berkata nikotin adalah keluaran yang perlu didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Katanya, pelanggaran peraturan tersebut merupakan satu kesalahan dengan denda dikenakan tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Katanya, untuk pertubuhan perbadanan pula, hukuman yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 12 (2) adalah denda tidak melebihi RM50,000.
“Oleh itu, semua peniaga yang mempunyai kaitan dengan e-Cigarette diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan jika menyimpan, mengedar atau menjual sebarang bahan atau cairan yang mengandungi nikotin selain rokok asli atau tembakau,” katanya. – UTUSAN MELAYU
SUMBER