Recommended Post Slide Out For Blogger

Pelajar Lari Rumah Gara-Gara Takut PMR

Petaling Jaya: Seorang pelajar tingkatan tiga, Ayza Nazira Zulfazli, 15, yang menghilangkan diri dari rumahnya di Damansara Perdana, di sini sejak Sabtu lalu dibawa pulang semula ke rumah, kira-kira jam 9.50 malam tadi.

Dia yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal bulan depan dikatakan menghilangkan diri dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya menyebabkan satu laporan polis berhubung kehilangannya dibuat Ahad lalu.

Dia dikatakan hanya ditemui orang awam ketika bersembunyi di dalam tandas di sebuah pasar raya sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Sebelum ini, ibunya Rosziana Mohamed, 47, merayu anak bongsunya itu pulang ke pangkuan keluarga kerana bimbang akan keselamatan anaknya itu.



Jasad Chin Peng Dibakar Di Bangkok,Thailand


BANGKOK - Jasad bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibakar petang semalam di Wat That Thong, Jalan Sukhumvit di sini, lapor akhbar Bangkok Post.

Dia meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September lalu pada usia 89 tahun akibat sakit tua.

Memetik laporan akhbar dalam talian The Star, mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibakar sekitar pukul 6 petang.

Bangkok Post juga melaporkan bahawa abu mayatnya mungkin disemadikan di selatan Thailand.

Kematian pemimpin yang berasal dari Sitiawan, Perak itu telah mencetuskan kontroversi apabila kerajaan Malaysia menghalang jasad atau abu mayatnya dibawa pulang.

Chin Peng tinggal dalam buangan di Thailand selama lebih lima dekad dan dilarang kembali ke Malaysia.

Menurut sumber-sumber keluarganya, sebahagian abu mayat Chin Peng mungkin disimpan oleh anak dan cucunya.

Sebahagian lagi abu mayatnya dikatakan bakal disemadikan di empat kampung yang didiami rakan seperjuangannya dalam PKM.

Empat kampung tersebut terletak di Betong, Kabang dan Tarnto, Yala serta Sukhirin di daerah Narathiwat. - Agensi

PELIK : Haiwan Pelik Dijumpai Pekerja Binaan



Menggemparkan apabila beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di Sungai Siput, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’.


Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.


“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.

Aplikasi Lucah Versi BM Di Smartphone Berleluasa


KOTA BHARU – Awas jika melihat anak-anak anda leka bermain telefon bimbit, mungkin mereka sedang asyik membaca novel lucah.

Novel elektronik berahasa Melayu dikesan boleh dimuat turun secara mudah dan percuma menerusi telefon dan tablet pintar sejak 28 Ogos lalu dan sejak kewujudannya, 100,000 orang sudah dicatatkan memuat turun aplikasi tersebut.

Kurang tiga minggu wujud, aplikasi itu mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutama ibu bapa yang bimbang anak mereka menggunakan aplikasi itu sekali gus menjejaskan akhlak dan moral anak-anak mereka.

Seorang bapa empat anak yang juga penjawat awam, Salleh, 49, berkata, beliau risau remaja yang sedang meningkat dewasa terdedah dengan bahan tidak bermoral seperti itu.

Katanya, anak-anak moden sekarang bukan lagi seperti kanak-kanak zaman dahulu, mereka kini masing-masing memiliki telefon bimbit sendiri malah ada di antaranya memiliki telefon dan tablet pintar yang mencecah ribuan ringgit.

“Golongan ini lebih arif tentang gajet dan mereka sudah tentu mengetahui kewujudan aplikasi ini, lebih-lebih lagi ia diletakkan dalam mekanisme yang sangat mudah untuk diperolehi,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau memohon pihak berkuasa memantau perkara ini dan memikirkan semula kewajaran membenarkan aplikasi itu.

“Jangan memandang perkara ini sebagai isu remeh kerana ia babitkan moral dan anak-anak kita kelak,” katanya.

ARTIS : Lagu Yuna Dijadikan Soundtrack GTA V


Ini adalah salah satu perkara yang amat membanggakan rakyat Malaysia khususnya dimana penyanyi terkenal Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai yang mula popular dengan single pertama beliau dalam lagu dan sebenarnya telah membawa beliau naik lebih tinggi hingga dikenali di peringkat antarabangsa.



Anak kelahiran Alor Star Kedah ini kini telah mengembangkan sayap dan popularitinya dengan lebih tinggi dimana lagu nyanyian beliau yang bertajuk “Live Your Life” telah diberi penghormatan yang begitu bermakna dimana lagu tersebut telah dijadikan sebagai soundtrack didalam salah satu game yang sangat popular didunia iaitu “Grand theft Auto 5″ atau lebih sinonim dengan nama GTA V yang baru sahaja di lepaskan baru-baru ini.

Perkara ini dilihat sebagai salah satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang bakat anak melayu untuk dipandang di peringkat antarabangsa hingga ke tahap ini. Tahniah kepada penyanyi tersebut.

Polis Pantau Laman Web Mengajar Buat Senjata


Kuala Lumpur: Polis sedang memantau pembuatan senjata api bentuk plastik menerusi pencetak tiga dimensi 3D, yang boleh mengancam keselamatan umum.

Ia berikutan ada pihak tertentu di Amerika Syarikat (AS) menyediakan pelan induk pembuatan senjata api yang boleh dicetak melalui laman web dalam tempoh 15 hingga 30 minit mengikut spesifikasi.
Pencetak 3D, iaitu alat pembuatan yang menjadikan fail imej 3 Dimensi atau pelan induk berkenaan sebagai input untuk diterjemahkan menjadi produk fizikal, diperbuat daripada bahan plastik.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya mengetahui kewujudan pencetak berkenaan yang boleh menghasilkan senjata api plastik dan teruji keberkesanannya.

“Senjata api yang terhasil boleh melepaskan tembakan secara manual, namun peluru tidak boleh dihasilkan semudah senjata api.

Urus niaga disiasat

“Tindakan yang boleh diambil polis secara berterusan ialah memantau urus niaga peluru di dalam dan luar negara.
“Malah, mana-mana individu yang memiliki apa jua bentuk senjata secara haram akan dikenakan tindakan tegas, ”katanya ketika dihubungi BH di sini semalam.

Khalid mengulas laman video You Tube yang memaparkan seorang lelaki Kanada berjaya melepaskan 14 tembakan dari senapang yang dihasilkan melalui pencetak 3D.

Video itu turut mendedahkan dakwat atau bahan yang digunakan membina objek bercetak itu diperbuat daripada acrylonitrile butadiene styrene (ABS), iaitu bahan plastik yang sama digunakan membuat mainan kanak-kanak dan mesin itu dijual beberapa syarikat di Malaysia pada harga sekitar RM4,000 hingga RM7,500 seunit.

Syor wujud sistem kawalan

Sementara itu, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan, berkata beliau mencadangkan diwujudkan sistem kawalan atau lesen khas terhadap penggunaan mesin teknologi digital terkini dan dakwat pencetak yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.

Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Sheikh Raffie Abd Rahman, berkata pihaknya sentiasa memantau video yang dimuat naik dalam talian dan mereka yang terbabit boleh disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1988.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved