Recommended Post Slide Out For Blogger

INFO : 10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita


Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahawa memakai pakaian syar’ie ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung..}. Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya mahupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}

Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bahagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai…sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu..tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang)

Strategi Kelima – Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut…nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa…} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dalam bergerak

Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini…kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak…sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tapi terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

Strategi Kesembilan – Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu…kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

INFO : 4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita


 Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Penyelam Bina Masjid Pertama Di Bawah Air


Di JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.


Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.

Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.
Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.

“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya.

Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah. – Agensi

PELIK : Memanjangkan Kaki Dengan Cara Jepun Yang Pelik

Gadis Jepun Sanggup Bedah Kaki Demi Memanjangkan Kaki.Proses pembedahan yang mengambil masa selama 9 bulan bagi memanjangkan kaki mereka. Dalam 9 bulan mereka akan tinggi sehingga 8 cm. Proses ini memerlukan dua pembedahan yang bernilai RM65000.







(2 GAMBAR) Ayam Disembelih Tidak Mati



 Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.




Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan.

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.

“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.

INFO : 20 Orang Yahudi Israel Masuk Islam Setiap Tahun


 Sebuah kajian yang dilakukan oleh Isaac Ritter Profesor Pusat Pengajian Jerusalem menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 20 warga Yahudi Israel memeluk Islam setiap tahun.

“Semua Yahudi yang masuk Islam kebanyakan adalah wanita yang mengaku bahawa mereka masuk Islam untuk berkahwin dengan seorang lelaki Muslim,” kata Ritter.


Menurut sebuah hasil kajian yang diterbitkan oleh surat khabar “Yediot Ahronot”, agama Islam dan dakwah Islam telah mula menembusi barisan orang-orang Yahudi, di mana pendakwah Islam di wilayah pendudukan Israel berpenampilan ala Salafi, mendekati orang-orang Yahudi dan mengundang mereka agar masuk Islam dengan menggunakan bahasa Ibrani yang fasih, cara tersebut menyumbang kepada kejayaan misi dakwah mereka.


Surat khabar tersebut menunjukkan bahawa penerbitan dari dakwah Islam di kalangan orang Yahudi dipengaruhi oleh program-program Islam yang disiarkan oleh saluran satelit di Timur Tengah, Eropah, forum dan website.


Ritter sendiri menambah bahawa dakwah Islam terhadap orang Yahudi Israel dalam bahasa Ibrani adalah yang pertama seumpamanya selama lebih daripada 30 tahun.

FAKTA : Fakta Tentang Youtube


YouTube merupakan laman perkongsian video yang terbesar secara umumnya menjadi televisyen pada zaman ini. Dengan ulang tahun keenam YouTube , berikut merupakan 10 fakta menarik tentangnya:

Fakta Tentang YouTube Yang Mungkin Anda Belum Tahu
Fakta Tentang YouTube Yang Mungkin Anda Belum Tahu. YouTube merupakan laman perkongsian video yang terbesar secara literalnya menjadi televisyen..

1. Video Teratas

Video “Baby”, Justin Bieber memegang rekod paling banyak ditonton. Dengan 645,000,000+ tontonan,ia berada di kedudukan teratas manakala video “Bad Romance”, Lady Gaga berada tempat kedua dengan lebih 422 juta tontonan. Tapi kini telah ditewaskan dengan mudah ditangan Psy dengan video klip Oppa Gangnam Style iaitu dengan tontonan sebanyak 1.7 BILLION tontonan. Giler!!

2. Kunjungan Pelawat

Kunjungan pelawat di YouTube setiap hari adalah sangat tinggi iaitu setinggi 45,000,000 pelawat.

3. Iklan Paling Popular

Menerima 1,000,000 tontonan, iklan ‘touch of gold’ Nike yang dirakam pada tahun 2005 merupakan iklan yang paling popular setakat ini. Ia adalah disebabkan oleh pemain bola sepak Brazil, Ronaldinho telah membintangi iklan tersebut.

4. Saluran Rasmi

‘The royal channel’, saluran khusus untuk aktiviti-aktiviti Di Raja Britain, dari makan malam amal Krismas mereka hingga ke majlis perkahwinan mereka, telah dilancarkan oleh Ratu pada tahun 2007. Selepas itu, Pope dan Presiden Amerika Syarikat Barak Obama melancarkan saluran rasmi mereka pada awal tahun 2009.

5. Panjang Masa Semua Video

Untuk membuat, atau merekod semua video di YouTube,ia akan mengambil masa 1700 tahun .

6. Panjang Masa Video Dimbas Setiap Hari

YouTube mempunyai sistem hak cipta. Ia mempunyai hak untuk menyekat atau membuat wang dari video yang tidak dibenarkan. Bilangan ID diimbas setiap hari oleh laman web ini adalah setinggi 100. Salah satu faktor bagi hal ini adalah bebas daripada kos perkhidmatan , dan ia sedang digunakan oleh 1000 rakan kongsi kandungan di seluruh dunia.

7. Bukan Trafik Amerika

Tujuh puluh peratus daripada trafik di YouTube datang dari luar Amerika Syarikat.

8. Panjang Masa Video Dimuatnaik Setiap hari

Hingga Mei 2009, 20 jam video telah dimuat naik ke YouTube setiap minit. Trend ini telah menunjukkan peningkatan dua puluh peratus.

9. Perkhidmatan Setempat

YouTube juga menyediakan perkhidmatan setempat kepada beberapa negara, iaitu menampilkan bahasa mereka dan video paling banyak dilayari dan sebagainya , 23 negara menikmati perkhidmatan ini. YouTube telah diterjemahkan ke dalam dua puluh empat bahasa.

10. Masa Yang Digunakan Pengguna YouTube

Purata seorang pengguna menggunakan sekurang-kurangnya 15 minit sehari di YouTube, kurang ima jam dari televisyen. YouTube telah menyasarkan untuk meningkatkan purata ini lebih daripada televisyen

NGERI : Wanita Dipenjara Potong Zakar Bekas Kekasih Dengan Kejam


 Sydney : Seorang wanita Australia yang mengaku membunuh bekas kekasihnya dan cuba untuk memotong zakarnya dipenjara tiga tahun dan sembilan bulan semalam dan mahkamah menerima bahawa tertuduh menderita kemurungan.

Jian Chen, 47, mengaku bersalah membunuh tanpa niat bekas teman lelakinya Jian Xiang Peng selepas diberikan ubat pelali hingga membawa maut dan ditikam pada Februari tahun berikutan pergaduhan mengenai wang dan anak lelaki pasangan terbabit.

Musnahkan ‘senjata raksasa’
Jian memberitahu seorang pakar psikiatri bahawa ‘sesuatu dalam dirinya’ meminta beliau memusnahkan ‘senjata raksasa’, di mana lelaki terbabit menggunakan zakar beliau untuk mencederakan wanita dan anak.”

“Saya tahu Peng menggunakan zakarnya untuk menarik wanita mendapatkan anak mereka, menggunakan kanak-kanak terbabit sebagai alat untuk memeras wang daripada kami,” kata Jian berikutan hukuman yang diterimanya.

“Ada sesuatu meminta saya melakukannya, jangan biarkan raksasa itu menjejaskan lebih ramai kanak-kanak.

“Saya ingat saya memotong zakarnya. Saya mengepam ke dalam tandas supaya beliau tidak menganiaya lebih ramai kanak-kanak dan beliau tidak boleh menganiaya lebih ramai wanita.”

Masuk ubat pelali dalam sup
Beliau memasukkan ubat pelali dalam sup mangsa sebelum menyerang dan menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk melaporkan ‘seseorang sudah mati’, dengan memberitahu operator “Saya bunuh dia, bekas teman lelaki saya, beliau seorang yang kejam”, katanya mengakui menikam pada leher dan zakar mangsa.

Hakim Monika Schmidt berkata polis menemui mangsa dengan pergelangan tangan dan kakinya dipenuhi darah akibat kecederaan di leher dan pangkal peha.

“Satu usaha untuk memandulkan beliau dibuat. Beliau luka sebelah pangkal peha dan zakarnya dipotong,” kata Schmidt, sambil menambah bahawa beliau kemudian mati di hospital akibat kecederaan teruk.

“Laporan bedah siasat menunjukkan bahawa mangsa mengalami luka teruk. Ia diikuti mangsa tidak sedarkan diri.”

Schmidt memenjarakan Jian untuk tiga tahun sembilan bulan selepas mendapati tertuduh mengalami kemurungan yang sejak sekian lama. – AFP

Anak Ahmad Dhani Kemalangan Bawa Mitsubishi Lancer


JAKARTA: Setelah menjalani beberapa pembedahan, anak Ahmad Dhani, iaitu Abdul Qodir Jaelani, 13, atau Dul sudah sedarkan diri tetapi masih berasa sakit pada bahagian perutnya.

Anggota kumpulan Dewa itu memberitahu, anaknya mengalami pendarahan dalam perut dan dia bercadang menghantar Dul ke sebuah hospital di Singapura sekiranya keadaan memerlukan.

"Dia mengeluh mengenai perutnya masih sakit," ujar Dhani kepada portal detikhot.com di Rumah Sakit Pondok Indah, Jakarta Selatan pada Selasa.

Dalam kejadian Sabtu lalu, kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu anak sulung Ahmad Dhani itu terlibat dalam kemalangan mengakibatkan lima orang meninggal dunia dan 11 yang lain cedera.

Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.
Kejadian di Tol Jagorawi Bogor itu terjadi apabila Dul dikatakan gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas mini.

Dul yang tidak mempunyai lesen memandu mengalami patah tulang kaki, patah panggul, pendarahan di otak dan usus.

Dalam pada itu Dhani berkata, dia bersyukur kerana keadaan anaknya beransur pulih dan berasa bersalah kerana menghadiahkan kereta tersebut kepada Dul bersempena dengan sambutan hari jadinya pada 23 Ogos lalu.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved