Recommended Post Slide Out For Blogger

[Gambar] Majlis Tahnik Anak Ashraf Muslim


[Gambar] Majlis Tahnik Anak Ashraf Muslim | Pelakon Ashraf Muslim telah mengadakan majlis tahnik sempena kelahiran bayi perempuannya itu pada 5 April lalu yang diberi nama Sarah Ashraf Mohd Ashraf.







Ashraf menerusi laman sosial berkata dengan caption yang berbunyi:-
“Alhamdulillah.. Semalam malam yang bermakna bagi puteri sulungku SARAH ASHRAF BT MOHD ASHRAF selepas di tahnikkan oleh saudara Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muaz, Setiawangsa selepas majlis taklim malam semalam.

“Alhamdulillah rasa syukur teramat sangat kerana Allah permudahkan segala2nya berjalan dengan lancar.. Terima kasih Allah ini semuanya dgn keizinanmu. Terima kasih kepada Habib Ali dan Warga Darul Murtadha dan Warga Masjid Muaz serta ahli keluarga dan sahabat2 yg membantu.

“Doakan puteri saya sentiasa dirahmati dan diberkati Allah dan menjadi anak yg solehah serta berakhlak mulia,” ujar Ashraf melalui laman sosialnya.

Untuk makluman, Tahnik merupakan amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W bertujuan untuk menguatkan lidah dan mulut bayi supaya bersedia untuk menyusu dan mengambil berkat dari orang-orang soleh.
Buat peminat, kami kongsikan beberapa keping gambar lagi majlis tahnik untuk tatapan bersama.









Artikel Asal


Wanita bunuh teman lelaki dengan kasut tinggi




Trujillo pada hari pendengaran hukumannya. - Foto Ihsan BBC

TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang wanita selepas didapati bersalah kerana memukul hingga mati teman lelakinya menggunakan kasut tinggi stiletto.

Ana Trujillo, 45, memberitahu hakim dia "tidak pernah berniat membunuh" Alf Stefan Andersson, lapor BBC.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati leher dan wajah Andersson mempunyai sekurang-kurangnya 25 kesan tusukan.

Trujillo didapati bersalah pada Selasa lalu selepas pihak juri mengambil masa empat jam untuk membuat keputusan.

sumber

Anggota Polis Cawangan Khas Mati Ditembak


KUALA LUMPUR – Seorang anggota Cawangan Khas ditemui mati dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan di sini hari ini.

Anggota berpangkat Lans Koperal berumur 37 tahun itu dipercayai ditembak dari jarak dekat dengan mayatnya ditemui kira-kira 1.5 meter dari sebuah motosikal.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata mangsa ditemui orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 4.30 petang yang kemudian memaklumkannya ke Balai Polis Travers.

Pelajar Ditangkap Buat Maksiat


KULIM - Masalah ponteng sekolah bukan satu perkara baru malah ada antara mereka yang menjadikan kawasan rekreasi seperti air terjun untuk bermadu kasih.


Walaupun perbuatan mereka dilakukan secara senyap, namun ia berjaya dikesan penduduk tempatan.


Seorang penduduk yang tinggal berhampiran sebuah taman rekreasi di sini berkata, selalunya pelajar sekolah berpasangan akan menaiki motosikal berasingan dan berjumpa di rumah rehat disediakan sebelum berjalan ke kawasan lebih sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.


Menurutnya, dari tinjauan, kebanyakan pelajar sekolah terlibat berusia antara 16 hingga 17 tahun dan memakai uniform sekolah.


Mereka akan ke kawasan rekreasi seawal jam 8 pagi dan meletakkan motosikal mereka dalam kawasan semak.


Katanya penduduk juga telah mengenal pasti beberapa lokasi yang sering dijadikan tempat pasangan ini ponteng sekolah selain melakukan maksiat.


Papan tanda turut dipasang bagi mengingatkan pengunjung supaya tidak melakukan perbuatan sumbang, bagaimanapun ia tidak diendahkan.


“Penduduk sering jumpa motosikal yang disembunyikan. Ada penduduk yang memberi teguran kepada pasangan terlibat tetapi tidak dihiraukan. Alasannya, mereka ingin belajar.


"Kita ada kemudahan perpustakaan di Pekan Kulim. Kalau betul hendak belajar, pergilah ke sana dan bukan duduk di tempat sunyi dan berpasangan. Oleh itu, saya minta pihak berkuasa pantau dan tahan pasangan terlibat supaya taman rekreasi ini tidak dijadikan tempat mereka melakukan maksiat,” katanya.


Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) Azmi Rejab berkata, dari tangkapan dibuat, pasangan bawah umur dan masih bersekolah merupakan golongan yang paling ramai ditahan setiap kali operasi dijalankan.


“Saya ingin memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa orang awam juga boleh menahan mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan rekreasi.


"Apa yang perlu mereka lakukan adalah merakamkan perbuatan dibuat oleh pasangan itu sebelum menyerahkan mereka kepada mana-mana balai polis berhampiran dan memaklumkan tangkapan itu kepada PADK. Kami akan datang ke balai polis dan membuat tangkapan semula," katanya.


Azmi meminta kerjasama orang ramai supaya tidak mencederakan pasangan terlibat sebaliknya menyerahkan mereka kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap mereka terlibat.

Lelaki Berekor Diangkap Dewa Hanuman


ALIPURDAR, India - Seorang pemetik teh berusia 35 tahun di sini diekori oleh ramai pengikut pada setiap hari kerana dia mempunyai ekor sepanjang 0.4 meter di belakang badannya.

Keganjilan pada badan lelaki berkenaan, Chandre Oraon menyebabkan mereka memujanya sebagai dewa.

Chandre yang mempunyai ekor sejak lahir dianggap sebagai jelmaan dewa monyet, Hanuman oleh sebahagian masyarakat Hindu.

Pada setiap hari, pengikut Hanuman dari seluruh India akan menziarahi Chandre di rumah lelaki itu dengan harapan dapat menyentuh ekornya bagi mendapat rahmat.

Seorang wanita, Monika Lakda berkata, dia berjalan selama semalaman untuk menemui Chandre di kediamannya dengan harapan lelaki itu dapat menyembuhkan anak saudaranya yang menghidap demam.

"Kami memberinya ubat tetapi tidak berhasil. Justeru saya datang menemui Chandre untuk meminta rahmat. Bayi berkenaan sembuh tidak lama selepas itu," katanya seperti yang dilaporkan akhbar Daily Mail.

"Kami percaya Chandre adalah jelmaan Hanuman," tambahnya.

Namun, bukan semua orang percaya ekor Chandre merupakan tanda dia adalah dewa.

Seorang pegawai perubatan tempatan, Bhushan Chakraborty memberitahu akhbar Indian Express bahawa di sebalik keganjilan fizikal Chandre, dia bukannya dewa monyet.

"Lelaki itu memanjat pokok, berkelakuan seperti monyet tetapi ekornya adalah disebabkan oleh kecacatan semasa lahir," kata Bhushan.

Keadaan fizikal lelaki itu, menurut Bushan berlaku apabila tulang belakangnya memanjang dengan tidak sempurna. - Agensi

Pelajar Bunuh Diri Tertekan Diejek Rakan Sekelas


KAJANG - Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dia nekad meminum racun serangga malam kelmarin dipercayai akibat tidak tahan dibuli dan diejek rakan sekelas.

Mangsa, T. Kavinraj, 13, yang juga pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih di sini mengalami tekanan perasaan selepas diejek dan dipulau oleh rakan-rakan kerana dia tidak mempunyai bapa.

Akibatnya, anak sulung daripada empat beradik itu berasakan dirinya terasing di sekolah itu tanpa sebarang kawan.

Bapa mangsa, P. Thangavelu, mati pada Disember 2012 akibat serangan strok.

Mendiang Thangavelu meninggalkan empat orang anak berumur antara lapan hingga 13 tahun termasuk Kavinraj serta balu, B. Thanamalar, 43.

Mangsa yang mendapat keputusan 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rinching di sini juga dikatakan dipulau rakan kerana ditempatkan di kelas keempat dan terakhir.


Ibu mangsa, B. Thanamalar, mendakwa, anaknya itu mengadu telah meminum racun serangga perosak yang disimpan di dalam rumah pada kira-kira pukul 9.30 malam.

"Dia datang kepada saya dan beritahu tekaknya terasa pedih sebab minum racun. Mungkin dia sangat tertekan kerana teringat kepada bapanya.

"Saya cepat-cepat bawa dia ke Hospital Serdang. Semasa 15 minit dirawat, dia disahkan mati selepas batuk darah," katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Rinching di sini semalam.

Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, B. Ananthi, 47, mendakwa, rakan sekelas mangsa mengejek dan memulau Kavinraj setiap hari.

Keadaan itu menyebabkan anak saudaranya itu mengalami masalah kemurungan.

"Kawan-kawan dia ejek, budak pandai tak ada ayah, mana boleh duduk kelas ini, pergi masuk kelas budak pandai. Tak sangka dia sangat tertekan dengan ejekan itu," katanya.

Beliau menjelaskan, Kavinraj ada mengadu yang dia dibuli di sekolah dan ibunya telah menasihatkannya supaya bersabar.

Katanya, anak saudaranya itu juga mengadu kepada gurunya supaya ditukarkan kelas dan gurunya meminta supaya tunggu pada hari Isnin lepas.

"Dia ada memaklumkan perkara itu kepada ibunya semasa pulang dari sekolah pada Khamis lalu tetapi pada malam Jumaat, dia minum racun," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Neelofa Pakai Pakaian Yang Menjolok Mata Di Anugerah MeleTOP Era 2013

Ketika ini sedang rancak berlangsung Anugerah Meletop Era 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil yang boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Maya (135).


Dato’ AC Mizal, Neelofa dan Nabil Ahmad telah diberikan kepercayaan untuk mengacarakan anugerah berprestij itu manakala acara Karpet Merah pula dihoskan oleh pengacara sedang meningkat naik, Hanis Zalikha dan Aril AF.

Semestinya, penampilan aktres jelita, Neelofa paling menarik perhatian penonton apabila tampil dengan fesyen pelik. Rata-rata peminat yang melihat fesyen itu terkedu dan tertanya-tanya jenis pakaian yang cuba ditampilkan beliau.




 

Lagi Calon SPM Meninggal Hari ini


JERTEH - Seorang lagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di Hospital Daerah Besut hari ini.

Norsuwana Safawa, 17, pelajar Sekolah Menengah Agama Ittifakiah di sini meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan lelah yang dihidapinya sejak beberapa tahun lepas kira-kira 5.12 pagi ini.

Pegawai Pendidikan Daerah Besut Ab Halim Hassan ketika mengesahkan perkara itu berkata Norsuwana yang merupakan pelajar harapan sekolahnya sempat menduduki kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 di hospital itu semalam.

Katanya pelajar itu sepatutnya menduduki tiga kertas hari ini iaitu Kertas Bahasa Inggeris 1 pada 8 pagi, kertas Bahasa Inggeris  2 pada 10.20 pagi dan kertas Pendidikan Al-Quran dan Sunnah pada sebelah petang.

Jenazahnya dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Lintang dekat sini selepas solat Asar hari ini.

Semalam dua calon SPM iaitu di Dungun dan Pasir Putih, Kelantan meninggal dunia.

Mohd Nor Allif Harun, 17, pelajar SMK Sultan Omar di Dungun  meninggal dunia awal pagi semalam setelah koma sejak seminggu lalu setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Nur Syazwani Ariffin, 17,  pelajar Sekolah Menengah Agama Mahaad Saniah, Pasir Putih tiba-tiba pengsan ketika sedang menjawab kertas Bahasa Melayu 1 kira-kira 8.25 pagi semalam sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Anis Pasir Putih untuk rawatan. - Bernama

Pistol Ditemui Dalam Tandas Stadium


SHAH ALAM – Sepucuk pistol lama jenis Browning ditemui di dalam tandas lelaki Stadium Shah Alam di sini, ketika perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang, malam semalam.


Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Roslan Abdullah berkata, pistol mengandungi tujuh butir peluru itu ditemui oleh anggota polis yang melakukan rondaan di sekitar stadium itu kira-kira jam 9.30 malam.


Menurutnya, polis masih belum dapat mengenal pasti motif pistol itu dibawa masuk.


"Kita tidak tahu siapa pemilik pistol itu." katanya kepada Sinar Harian, hari ini.


Dalam perkembangan lain, seramai lima individu berumur 19 hingga 24 tahun ditahan kerana membakar mercun, suar dan membaling botol, manakala 86 lagi ditahan kerana terlibat menjual tiket palsu.


Pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan tidak ada rekod jenayah. Seorang daripada mereka adalah penuntut sebuah universiti tempatan.


“Keterangan mereka telah diambil dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved