Recommended Post Slide Out For Blogger

TAKZIAH ! Anak Penjaga Gol JDT Meninggal Dunia


Anak sulung penjaga gol utama skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah, 2, meninggal dunia, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Adam Farish yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) meninggal akibat akibat komplikasi paru-paru.

Muhammad Al-Hafiz yang berada di Kelantan bagi perlawanan suku akhir kedua menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini, tidak akan diturunkan.

Beliau kini difahamkan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.

‘KL Gangster 2′ Kutip RM700,000 Termasuk Tiga Hari Tayangan Awal


PETALING JAYA: Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM700,000 menerusi tayangan tengah malamnya pada Khamis (malam tadi) termasuk tiga hari tayangan awal dari 27 hingga 29 September lalu.
Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, mengikut ramalannya, beliau yakin filem berkenaan mampu mendapat sokongan peminat filem tempatan walaupun ia sudah dicetak rompak.
“Berdasarkan kepada kutipan itu, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian orang ramai terutama sekali kepada mereka yang menantikan hasil karya arahan anak saya, Syamsul,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Khamis.
Filem berkenaan sepatutnya ditayangkan pada Khamis tetapi telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak.
Yusof berkata, kutipan bagi 100 buah panggung untuk tayangan larut malam menyaksikan pihaknya memperoleh RM200,000.
Malah berdasarkan tayangan berkenaan, kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.


“Alhamdulillah… saya dapat lihat momentum yang baik terhadap filem ini walaupun karya saya sudah dicetak rompak,” katanya.
Yusof berkata, beliau mengharapkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.
Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sebahagian penonton mungkin sudah menyaksikannya lebih awal melalui Internet akibat sabotaj, tetapi Yusof percaya filem itu akan berjaya menarik penonton ke pawagam.
Sementara itu ditanya bagaimanakah keadaan Syamsul ketika ini Yusof memberitahu, anaknya itu masih tidak dapat menerima karyanya disabotaj.
Katanya, Syasmul juga tidak mahu diganggu sebaliknya mengambil pendekatan untuk menyendiri kerana dia amat kesal dengan peristiwa berkenaan.
“Saya mahu anak saya terus berjuang untuk menghasilkan filem-filem lebih hebat selepas ini dan berharap kejadian yang berlaku bukanlah alasan untuk dia patah semangat,” katanya.

PELIK : Potong Jari Untuk Tipu Keluarga



Gara-gara mahukan wang segera, seorang lelaki nekad memotong sendiri jari telunjuknya dan menghantar cebisan itu kepada ibu bapanya dengan mendakwa dia menjadi mangsa culik.
Menyangka ia langkah yang cerdik, lelaki berusia 31 tahun itu turut cuba meyakinkan keluarganya kononnya dia hanya akan dibebaskan jika wang tebusan dibayar.
Bagaimanapun helah lelaki dari Hubei itu gagal.

Sebaliknya dia kini ditahan polis atas dakwaan memeras ugut.
Polis berkata, turut ditahan ialah dua rakannya yang bersubahat merancang dan melaksanakan helah itu.
Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Chenmou Huang.

“Chenmou dan dua rakannya tidak bekerja dan sangat pemalas,” katanya.

Beberapa hari lalu, katanya, mereka berbincang cara mendapatkan wang segera dan kemudian timbul idea mengenai ‘penculikan’ berkenaan.

“Untuk menampakkan rancangan itu benar-benar terjadi, rakan Chenmou memotong jari telunjuknya dan menghantar keratan itu bersama nota tuntutan wang bernilai 120,000 yuan (RM62,664),” katanya.

Melihat jari itu, kata jurucakap polis, ibu bapa Chenmou menghubungi polis dan selepas disiasat pembohongan itu akhirnya terbongkar.

Mati Digilis Keretapi Ketika Melakukan Hubungan Seks

Gambar Hiasan

Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks.
 

Si wanita yang berusia 30-an maut selepas digilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang. Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti.Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu. - Agensi

Wanita Tidak Sedar Dadah Dalam Baju Dalam

Gambar Hiasan





Dubai: Seorang penumpang kapal terbang dari Thailand semalam dihukum penjara 10 tahun kerana menyeludup 1.2 kilogram kokain yang disembunyikan dalam coli serta bungkusan diikat pada kakinya.

Hakim turut mengarahkan wanita terbabit membayar denda Dh50,000 (RM44,037) dan bakal diusir selepas menamatkan tempoh tahanan.


Dalam perbicaraan, tertuduh mendakwa tidak tahu-menahu mengenai dadah berkenaan ketika dia ditahan sejurus selepas tiba dari Brazil pada 8 April lalu. Penahanan itu dibuat selepas pegawai penguat kuasa mencurigai saiz payu dara tertuduh yang lebih besar daripada biasa.

Polis juga curiga apabila kaki wanita terbabit lebih besar berbanding sepatutnya. - Agensi

Benarkah Mr.Bean Peluk Agama Islam ?




Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Mr Bean Masuk Islam Selepas Tonton Innocent Of Muslim

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Bean’ memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.

Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.

Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya.

INFO : Bahayanya Jika Beri Air Minuman Berlebihan Kepada Bayi


Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air.

MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.

PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.

“Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong,” kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.

Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.

Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan

air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.

Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.
ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi.
Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.

Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, “Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik.”

Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.

“Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat,” kata Kirkham.

Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.

Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.

Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata

INFO : Kisah Saloma Disaat Akhir Kematiannya


RAMAI tidak tahu hubungan seniwati Rosnani Jamil dan Allahyarham Puan Sri Saloma bukanlah sekadar teman biasa dalam perjuangan seni tetapi kawan yang sama-sama ketawa dan menangis.
Bagi Rosnani, kematian Saloma pada 25 April 1983 satu kehilangan yang amat peribadi.



Mengimbas kembali kenangannya bersama Biduan Negara itu,
Rosnani yang membahasakan dirinya `Mak' berkata: "Mak dengan dia (Saloma) memang
best friend. Tapi, selain Mak dan Saloma, seniwati Latifah Omar dan seorang lagi
yang bukan anak wayang, Rokiah juga menjadi sahabat kami.


"Pendek kata, kami berempat ini memang sentiasa bersama," kata Mak Nani.Pun begitu, hubungan baik Mak Nani dan Saloma sebenarnya bermula sebelumMak Nani menjadi bintang filem lagi.
Saloma ketika itu juga belum menjadi penyanyi.

Ketika kecil, mereka berdua sering mengaji al-Quran bersama di Jalan Sultan, Singapura.
Mereka kemudian berpisah selepas Saloma terpaksa mengikut bapanya berpindah
ke Pontian, Johor selepas ibu dan ayahnya bercerai. Ketika usia mereka belasan tahun, Mak Nani bertemu kembali dengan Saloma, sekembalinya dia ke Singapura.

"Masa itu, Saloma dah aktif ikut kugiran. Mak pun masa itu ikut kugiran juga. Kami sama-sama jadi penyanyi.
Selepas itu, kami berpisah lagi.Ketika itu, Mak dah jadi bintang filem dan Saloma pula dah
jadi penyanyi kelab malam.

"Kemudian dengan kuasa Tuhan, Saloma berkahwin dengan A R Tompel. Dia dapat duduk di berek di Boon Teck Road seperti mana Mak. Kebetulan pula kami berjiran.

"Dari situ, hubungan kami terjalin kembali. Kami semakin rapat apabila Saloma melahirkan Armali. Ibu Mak yang jaga anaknya itu," katanya.
Ketika itu juga, Mak Nani, Saloma dan Latiah Omar sudah bersahabat baik.

Kemudian, bila mereka berpindah ke Kuala Lumpur, mereka bertiga bertemu pula Rokiah. Sehingga kematian P Ramlee dan sehinggalah Saloma sakit, Mak Nani tidak pernah jemu-jemu berada di sisi Saloma.

"Masa Saloma sakit, Mak dan Latifah yang menjaganya. Setiap hari, kami melihat keadaannya tenat. Sehari sebelum meninggal,

Mak datang ke hospital pada waktu pagi. Latifah pula datang waktu petang. Mak datang lagi pada
waktu malam untuk hantarkan nasi kepada anak Saloma, termasuk Linda, Rozie
dan Dian.




"Kemudian Mak balik ke rumah dan ketika menonton TV, Linda atau Sasha(anak Mariani yang dibesarkan Saloma) hubungi Mak. Dia minta Mak datang sebab doktor suruh panggil.

"Mak pergi ke sana. Mak bawa Arwah Ustaz Aziz dari Kampung Tunku atas permintaan Linda. Bila Mak sampai, anaknya  berada di situ. Mak terus pegang tangan Saloma.

Mak bisik pada telinganya dengan berkata: "Hello sayang... I lahh.... If you can hear me please squeeze my hand.

Saloma buat seperti apa yang mak kata. Mak kemudian bacakan Fatihah untuknya. Ustaz Aziz juga turut membaca sesuatu," kata Mak Nani.
"
Mak tengok perut dia. Mak letak kepala Mak di perutnya.. Perutnya `naik'. Tangannya
juga tak lepas pada tangan Mak. Tapi, bila perutnyaturun, ia terus tak naik-naik lagi... Mak tak mahu tengok muka dia (Saloma)...

"Bila Ustaz Aziz kata dia sudah tidak ada lagi, Mak pada mulanya tidak percaya.
Tapi, Mak akhirnya terpaksa terima hakikat pemergiannya.

Mak kemudian cium tangan Saloma dan kemudian beritahuLinda, Sazali, Armali dan Dian, yang Mama (panggilan untuk Saloma) sudah tidak ada," katanya masih dalam nada sebak.

Jelas Mak Nani lagi, dia terus mendapatkan doktor,
menghubungi anaknya, Anwardi Jamil (Didi) dan menyampaikan
berita dukacita itu kepada ibu Saloma.

"Akhirnya tinggalkan Mak, Didi, Mali (Armali) dan bapa tiri Saloma di hospital itu. Mak uruskan ambulans.
Malangnya, jenazah beliau tidak dibenarkan dibawa dalam ambulans.

"Mak terpaksa pula cari van. Mak buat segala-galanya sampai doktor ingat Mak kakak atau adik Saloma. Bila dapatvan, kami berempat bersama jenazah  Saloma keluar dari hospital.

"Keadaan sungguh sepi pada waktu itu. Mak sedih sebab orang yang begitu
terkenal dan dipuji suatu ketika dulu menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan yang tiada
sesiapa pun tahu dan hanya kami berempat yang membawa jenazahnya pulang," katanya mengimbas
kenangan pada 25 April 1983 itu.

Pada waktu yang sama, Mak Nani tidak memberitahu hal kematian Saloma itu kepada Latifah kerana seniwati itu mempunyai sakit jantung.

"Mak tak mahu dia susah hati bila dapat berita mengejutkan
ini," katanya.

Untuk kali terakhir, Mak Nani melihat wajah Saloma ketika
jenazahnya dibawa ke rumahnya.

"Mak beritahu ibu Saloma, sebagai sahabat, saya sudah melakukan tugas saya. Sampai sekarang Mak tak
pernah tengok kubur dia (arwah Saloma) sebab Mak berasa dia masih hidup lagi dan bernafas," kata Mak
Nani menangis.

"Tapi, saya rasa sudah sampai masanya kebenaran cerita mengenai kematian Allahyarham Saloma diketahui umum.
Orang tidak tahu penderitaan dia. Sewaktu dia mula-mula mendapat kanser  tulang, dia selalu bingung dan susah hati.

"Banyak benda yang menyusahkan dirinya selepas P Ramlee meninggalkannya.Dia tidak ada pendapatan tetap tapi pada masa yang sama dia ibarat ketua keluarga dalam rumahnya.

"Apabila tertekan, dia datang ke rumah Mak. Mak masakkan lauk untuk dia
sambil tonton video," kata Mak Nani.

Seperkara yang sama mengenai Saloma dan Mak Nani ialah mereka berbintang Capricorn tetapi dilahirkan pada tarikh dan tahun berbeza. Saloma pada 23 Januari 1935 manakala Mak Nani pada 20 Januari 1936.

"Karektor kami berdua hampir sama. Tapi, yang membezakan kami ialah Mak
suka berkawan dan berjalan, Saloma pula sebaliknya. Tapi, kalau dia dah sayangkan orang itu, dia memang
benar-benar sayang. Kalau orang dah kecilkan hatinya, susah dia nak maafkan orang itu.

"Tapi, Saloma memang benar-benar sayangkan Ramlee. Macam mana Ramlee cakap buruk fasal dia, Saloma tetap suka dengan Ramlee. Lagipun, dia bertemu jodoh dengan Ramlee pun dengan cara yang sabar," kata Mak Nani.

Cerita Uji Rashid tentang Saloma:

Uji menambah, selepas P Ramlee meninggal dunia, mereka dijemput untuk menjayakan pertunjukan nyanyian lagu popular Allahyarham.

Pada penghujung pertunjukan, Saloma muncul dan menyanyikan lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti.

"Kami juga pernah membuat persembahan di Stadium Merdeka. Ramai penyanyi popular turut serta seperti Hail, L Ramlee,  A Ramlee dan Andre Goh. Sekali lagi arwah Saloma dijemput.

"Dari situ, saya semakin rapat dengannya kerana sering mengadakan persembahan bersama. Ketika
menjayakan persembahan teater Kuala Lumpur! Kuala Lumpur! arahan Datuk Rahim Razali pada 1974,

Saloma dijemput sebagai bintang utama. Arwah mendendangkan lagu Air Mata
Di Kuala Lumpur, seolah-olah memberi gambaran dia tidak lama hidup di dunia ini.

"Apabila jatuh sakit dan saya sering
melawatnya. Ada kala saya ke hospital bersama Rahim Razali," cerita Uji yang mulai sebak.
Menurut penyanyi terkenal itu lagi, dia menyimpan beberapa kenangan yang hingga kini masih tersemat kukuh di kotak ingatannya.
"Arwah gemar benar membelai rambut anak tunggal saya, Cico. Cico akan memanggilnya Mamama (mama
kepada mama). Satu lagi, arwah juga suka sangat membelek kukunya.

"Saya akui arwah memiliki kuku yang cantik. Malah dia begitu mengambil berat mengenai kukunya serta menjaganya dengan baik. Ada kala, dia memintal rambut dengan hujung kukunya itu.

"Ketika terlantar, saya dan bekas suami saya (Jam) pergi menziarahinya.Ibu arwah bertanya, kenal tak siapa yang datang melawat. Dia akan menyebut satu persatu nama kami.

"Dia berkata, `Ji, kuku I ni tak ada orang bela, dah tak cantik lagi'.Ibu Saloma segera memberi isyarat. Saya pun cakaplah,

"Mama, you have the best and beautiful nails around".
Dia bertanya balik, iye ke?

"Jika ada yang perasan, karektor sebenar arwah ada ditonjolkan dalam Seniman Bujang Lapok, terutama ketika adegan arwah diganggu Sharif Dol,"katanya.

Uji adalah antara penyanyi yang sering diundang
Saloma untuk sama-sama menyerikan persembahannya.

"Perangai arwah, dia jarang memanggil ramai penyanyi.
Saya masih ingat apabila kami dijemput membuat persembahan untuk kerabat sebuah negeri, dia mengajak saya turut serta.

"Di hotel itu, dia menjaga saya seperti seorang ibu.

Apabila berkumpul beramai-ramai, dia dapat merasakan yang saya tidak begitu selesa. Dia mencari alasan agar saya dapat beredar dengan baik.

"Di bilik, kami akan sambung bercerita. Apabila dah lama sangat, dia akan menyuruh saya tidur.

"Apa yang saya perhatikan, ingatan serta kerinduan arwah terhadap P Ramlee begitu mendalam.
Ia tidak pernah padam. Sebelum tidur, dia pasti akan membacakan surah Yasin serta Fatihah," kata Uji.

Katanya, arwah juga begitu menyayangi anaknya, Armali. Kalau ternampak AR Badul, dia akan belikan baju.

"Selalunya Badul akan menjadi `model' untuk mencuba pakaian itu terlebih dulu. Saya tanya dia kenapa, katanya

"senang sebab mereka satu saiz".

Apabila Uji mula menyanyi, Saloma banyak memberi perangsang malah mengetengahkan bakat penyanyi muda itu kepada EMI.

"Dia yang bagi recommendation, pada hal saya tidak minat untuk menyanyi. Ketika rakaman album, saya meminta keizinannya untuk menyanyikan semula lagu Mengapa Dirindu.

"Dia memberi keizinan tetapi bersyarat,saya perlu membawanya dengan gaya sendiri dan tidak merosakkan laguitu. Apabila album itu siap dirakamkan,saya memberinya salinan. Dia puji kerana katanya saya ada gaya tersendiri.

"Saya bersyukur Saloma beri restu untuk saya terbabit dalam bidang nyanyian," kata Uji yang turut
merakamkan semula lagu popular Allahyarham seperti Jikalau Abang
Merindu, Aku & Dia dan Bintang Malam.

Uji banyak berkongsi suka duka dengan
Saloma. Malah dia terkilan dengan sikap sesetengah promoter pertunjukan ketika itu yang tidak menghormatiarwah sebagai penyanyi veteran.

"Kami pernah dibayar dengan note seringgit. Bayangkanlah, betapa tebalnya wang yang kami terima. Dah
jadi satu kerja pula untuk mengiranya.

Simpati melihat keadaan arwah yang ketika itu sudah lemah, Hail menyuruhnya berehat.
Siap mengira, Hail menyerahkan wang itu kepada arwah.

"Kami juga pernah ditipu promoter. Satu sen pun bayaran tidak kami terima ketika mengadakan
persembahan di Sabah.
Arwah sempat berpesan, jika saya ke situ, tolong minta wang yang dijanjikan. Hingga dia menutup
mata,wang itu kami tidak pernah dapat.

"Saya hairan mengapa insan sebaik arwah diperlakukan seperti itu? Dia tidak pernah bercerita hal orang lain
apatah lagi menganiaya. Kalau kami bersama, dia banyak bercerita mengenai dirinya serta kenangan ketika
bersama arwah P Ramlee," kata Uji.

Uji turut meluahkan kekagumannya Biduan Negara itu.

"Arwah akan menjahit pakaiannya sendiri. Apabila ada pertunjukan pentas, dia mula sibuk menjahit. Malah ada di antara baju arwah, saya gunakan ketika berlakon Jauh Pandangan. Menyesal pula kerana tidak minta satu untuk disimpan sebagai kenangan," katanya.

Hotel Terkemuka di Australia Yang Dulunya Bilik Mayat


Bekas kamar mayat, lengkap dengan meja autopsi dan almari mayat, diubah menjadi hotel oleh pengusaha Australia. Mau menginap di sana?

Seperti yang diterbitkan dari The Telegraph (23/10), meja-meja autopsi di bekas kamar mayat di Willow Court, Tasmania, tersebut nantinya akan dijadikan tempat tidur. Jadi tidak akan ada tilam empuk seperti layaknya hotel lain jika pengunjung menginap di tempat ini.Wow!!


Bilik mayat tahun 1950an ini sebenarnya sebahagian dari rumah sakit Narapidana dari tahun 1830. Namun 12 tahun yang lalu, kamar mayat ditutup dan tidak diguna lagi.

Di dalam kamar mayat, ada peti ais dan bekas mandi yang pernah digunakan untuk mencuci mayat. Hadyn Pearce selaku pemiliknya menjelaskan bahwa ia berniat memulihkan bangunan tersebut secara berperingkat.

Pearce juga menyampaikan kalau meja bekas membedah mayat akan dipromosikan menjadi suite utama hotel.

Pearce sendiri adalah seorang pedagang barang antik yang telah membuka sebuah motel . Ketika ditanya apakah nanti pelancong benar-benar mau menginap di hotel bekas kamar mayat miliknya, ia berkata, “Kita lihat saja nanti.”

Harapan Pearce adalah hotel bekas kamar mayat tersebut akan dibuka awal tahun depan. Selain kamar mayat, sebenarnya ada beberapa bangunan  lainnya yang diubah menjadi hotel. Sebut saja bunker nuklear di Swiss, penjara di Australia, dan gerbang kereta api di West Sussex.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved