Seorang cikgu bernama Zhang Runhua dari Sekolah Menengah Tuqiao sekitar Linxia County telah meminta pelajar untuk sama ada menciumnya atau dia menciumnya sebelum mereka boleh lulus. Ramai cikgu lain terkejut dengan insiden itu kerana selama ini mereka tahu yang keputusan dari kelas Cikgu Zhang adalah sangat baik. Pengetua sekolah telah memberhentikan cikgu kesayangan ini daripada mengajar lagi di sekolah tersebut.
Subhanallah! Bayi Ini Terjatuh Dalam Lubang 10m Tapi Masih Hidup
Seorang bayi yang terjatuh ke dalam sebuah lubang di sebatang jalan raya di sini telah diselamatkan oleh anggota-anggota bomba kelmarin.
Bayi berusia 14 bulan itu dan terjatuh ke dalam lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba pada pukul 4 petang waktu tempatan di Jalan Liaoyang. Lubang tersebut sedalam 10 meter.
Menurut beberapa saksi, mereka melihat sebilangan orang turut terjatuh ke dalam lubang tersebut.
Mangsa-mangsa yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Punca kejadian masih disiasat
(2 GAMBAR ) Mayat Kes Buang Bayi Di UITM Dungun Terengganu
Gambar penemuan mayat kes buang bayi di UITM Dungun Terengganu. Hangat diperkatakan apabila seorang pelajar wanita telah membuang bayi kandungannya yang baru lahir dari lubang tandas. Mayat bayi itu ditemui oleh pekerja kontrak ketika menjalankan kerja membersih loji kumbahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Mayat bayi yang ditemui dalam keadaan tertiarap disahkan perempuan dan ditemui dengan keadaan tengkoraknya pecah.
(10 GAMBAR)Keju Termahal Di Dunia Diperbuat Daripada Susu Keldai
Keju yg diperbuat di sebuah ladang di Serbia ini merupakan keju termahal di dunia dan ianya diperbuat daripada susu keldai. Ianya berharga US$ 1,300 sekilogram dan ia memerlukan sebanyak 25 liter susu untuk menghasilkan satu kilogram. Rasa keju tersebut dikatakan sama seperti keju Spanish Manchego tetapi lebih lazat.
Syamsul Tak Tidur Malam, Berkurung Dalam Bilik
Pengarah muda berbakat besar melahirkan perasaan cukup kecewa diatas pencerobohan terhadap filemnya KL Gangster 2 ke laman Internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, Syamsul sangat tertekan dengan kejadian yang berlaku keatas karya yang ke lapannya kerana telah bertungkus lumus menyempurnakannya selama 2 tahun.
Malah, Datuk Yusof juga memberitahu bahawa Syamsul tidak boleh tidur dan hanya mengadap komputer didalam bilik kerana mahu memadamkan setiap link yang telah tersebar di laman Internet.
“Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia.
“Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur. Dia jaga internet. Dia pun saya tengok dah bertambah kurus”, katanya ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah dibocorkan di internet.
Dalam pada itu juga ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang turut hadir pada sidang media itu juga memberitahu bahawa Syamsul asyik berkurung didalam biliknya sahaja sejak kejadian itu berlaku.
“Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet”, katanya.
KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura.
SUMBER
INFO : Hukum Telan Air Mani Suami
HUKUM TELAN AIR MANI SUAMI
SoalanUstaz, apakah hukum ‘oral sex' ? atau dalam kata lainnya seks menggunakan mulut iaitu dengan menghisap atau menjilat kemaluan isteri atau mengulum kemaluan suami. Bagaimana pula jika ia dilakukan oleh pasangan kekasih yang belum berkahwin, adakah ia zina? Jika tertelan air mani suami pula ustaz, bagaimana ye?..Terima kasih atas jawapan ustaz.- Anak Empat -
Jawapan
Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Yang mengharuskan :
Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua cecair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual.
Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex' atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks' tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya.
Pandangan ‘harus' atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri `Abdul Ra'ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak.
Perbincangan ringkas
Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani.
Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang cecair dikeluarkan semasa aktiviti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi.
Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci.
Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi.
Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan.
Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya.
"Oral seks" juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara.
Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-undang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta'zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah.
Ulama Yang Mengharamkan
Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut [1] :-
Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al`Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut,
"Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama'). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.
Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius.
Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex' dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman.
Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :-
"Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu `alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim - dan keadaannya seperti ini - merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan"
Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini.
Tindakan men‘generalize' semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks'?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak.
KESIMPULAN
Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :-
1) Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perklara khilaf.
2) Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang.
3) Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia)
4) Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah' kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah.
5) Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penjara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, "Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua"
Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya.
Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membhayakan diri dan masyaarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak. Fikirkan...
Sekian
sumber
Kemaluan Wanita Dikunci Dengan Mangga Oleh Suami
Kemaluan Wanita Dikunci Dengan Mangga Oleh Suami - Ini kisah sadis tahap gila! Seorang wanita yang dikenali sebagai Sitabai Chouhan dikejarkan ke Hospital Maharaja Yashwant Raoin di Indore India kerana cubaan membunuh diri. Beliau cuba membunuh diri dengan memakan racun tikus. Semasa beliau cuba dirawat pihak hospital menemui sebuah mangga yang mengunci kemaluan beliau. Yang mengerikan disini ialah mangga tersebut mengunci kemaluan beliau melalui lubang yang ditebuk secara terus melalui labia milik Sitabai.
Setelah disoal siasat Sitabai memberitahu pihak hospital suami beliau Sohalnal Chouhan (38) mengunci beliau sejak empat tahun yang lalu. Setelah ditahan pihak polis Sohalnal berkata beliau melakukan kuncian ini kerana mengesyaki si isteri akan mencari lelaki lain ketiak beliau tiada rumah. Beliau mengaku akan mengunci kemaluan isterinya pada waktu pagi dan hanya akan membukanya pada waktu malam selepas pulang dari kerja. Sebuah kunci ditemui didalam sarung kaki beliau ketika pemeriksaan polis didapati dapat membuka mangga yang terletak pada kemaluan Sitabai. Alasan yang diberikan oleh Sohalnal ialah di dalam keluarga beliau sudah ada beberapa kes si isteri curang kepada si suami dan beliau hanya mahu memastikan perkara yang sama tidak berlaku kepada beliau.
Pasangan ini sudah mempunyai lima orang anak dan Sitabai Chouhan cuba membunuh diri kerana tidak mampu menahan si suami dari mmencabul kehormatan anak perempuan sulung mereka.