PELIK : Bayi 6 Bulan Mempunyai Payudara
Terdapat laporan sejumlah bayi-bayi di China mengalami pembesaran payudara.Beberapa kes telah dilihat dalam beberapa wilayah, antara lain, Wuhan, Guangdong, Shandong, Anhui, Jiangxi, dan Beijing. Susu tepung disyaki mengawal pembiakan hormon-hormon seks menjadi punca pertumbuhan dada yang dilaporkan sejak Ogos lalu.
Namun begitu menteri kesihatan China menolak desas-desus itu tetapi baru-baru ini ditemui sejumlah bayi yang mengalami pertumbuhan ini yang terjadi pada bayi berumur enam bulan dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Hormon-hormon ini ialah gonadotropins dan testosteron.
Beberapa pakar mengatakan bahawa ini ialah satu perkara normal yang berlaku pada bayi dan keadaan ini akan kembali apabila bayi itu berusia dua tahun. Pengumpulan gejala-gejala ini, antara lain, memberi kesan satu antara 5000-10000 bayi berunsur pertumbuhan rambut di bawah ketiak dan bulu kemaluan serta pertumbuhan yang cepat.
Satu kajian dikeluarkan oleh University of North Carolina dalam 2010 mengemukakan gadis keturunan Kauskasia di AS mengalami satu pertumbuhan yang cepat diusia muda mereka bermula pada usia 7 tahun hingga 10 tahun.
PELIK :(8 GAMBAR) Wad Seks Dibuka Di Hospital Wuhan Untuk Pasangan Buat Anak
Sebuah hospital di Wuhan, China telah
membuka wad seks VIP untuk membantu pesakit atau pasangan yang mempunyai
masalah mengandung. Dalam wad ini, ianya telah fully furnished dengan
sofa, katil dan ukiran serta mempunyai ruangan yang menyediakan filem
18SX, alatan X dan juga buku rujukan X. Selain itu, beberapa orang pakar
seks juga disediakan untuk memberi tips kepada pasangan semasa
besetubuh
Full Movie KL Gangster 2 (2013)
KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.
Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.
Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat.Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?
p/s:kami tidak meletakkan link atau embed cerita kl gangster 2 tersebut.
Video Trailer :
Kisah Gadis Dicabul Bapa Tiri dan Dirogol Bapa Kandung
Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suami.
Malah, dalam kejadian itu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom selain meletakkan pelincir dipercayai untuk ‘meratah’ anak gadisnya itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka. Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun.
Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor. Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).
Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan alasan mencari pekerjaan.
Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya, meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta diselamatkan.
Sepupu mangsa menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan bantuan. Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.
sumber:mediasiber