Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’
Penampilan
luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline)
pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan
ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh
yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.
Kesan
dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24
jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada
saiz normal.Proses
berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang
menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.
Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”Sensasinya
terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya,
John berkata: “Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!”Apabila
masuk sepenuhnya, kesan jaram itu dapat dilihat dengan jelas di bawah
permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara
perlahan-lahan.
John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’Dia
kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair
berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu
yang melilih dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih.”
Kira-kira
sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak
dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.
“Saat ini,
saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga
seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya
merasakan hendak tidur,” kata John.
Selama
dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram
dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan,
Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah
bahagian yang bengkak itu.Apabila
ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan
tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.
“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya.