Recommended Post Slide Out For Blogger
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

'KL Gangster 2' Kutip RM 3 Juta 4 Hari Tayangan


Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM3.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan bermula 3 Oktober lalu termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu.
 

Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, biarpun jumlah kutipan tersebut hanya mampu meraih separuh daripada sasaran awal, namun dia masih tetap bersyukur.

“Alhamdulillah setakat empat hari ini sudah mencapai RM3.1 juta namun jika diikutkan sasaran awal kita lebih daripada jumlah itu.

“KL Gangster dulu empat hari sahaja sudah mencapai RM6 juta lebih, bagaimanapun saya bersyukur kerana dalam situasi filem bocor ini masih ada lagi yang datang ke pawagam untuk beri sokongan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Yusof berkata, beliau menyasarkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.

Katanya, promosi yang cukup kuat dijalankan sepanjang tayangan ini juga menjadi strategi akhir pihaknya untuk menarik penonton ke pawagam.

“Kutipan itu mungkin sudah memadai bagi filem yang bajet rendah ditambah industri filem yang lembab sekarang tapi saya hanya pasrah dan bersyukur.

“Saya berharap pihak kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan isu cetak rompak ini ambil iktibar dan tindakan segera agar tiada pihak yang menanggung kerugian lagi,” katanya.

KL Gangster 2 telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak dan telah mengutip sebanyak RM700,000.

Syamsul Tak Tidur Malam, Berkurung Dalam Bilik


Pengarah muda berbakat besar melahirkan perasaan cukup kecewa diatas pencerobohan terhadap filemnya KL Gangster 2 ke laman Internet oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Menurut bapanya, Datuk Yusof Haslam, Syamsul sangat tertekan dengan kejadian yang berlaku keatas karya yang ke lapannya kerana telah bertungkus lumus menyempurnakannya selama 2 tahun.

Malah, Datuk Yusof juga memberitahu bahawa Syamsul tidak boleh tidur dan hanya mengadap komputer didalam bilik kerana mahu memadamkan setiap link yang telah tersebar di laman Internet.

    “Sebagai pembikin filem, Syamsul cukup kecewa. Semasa tahu dia tahu tentang berita ni, dia hubungi ibunya dulu. Kemudian dia hubungi saya. Saya jumpa dia dan saya peluk dia. Saya beri dia semangat. Saya katakan padanya, walau apapun yang terjadi, saya akan tetap sentiasa menyokong dia.


    “Sejak hari pertama dia dapat berita ni dia tak boleh tidur. Dia jaga internet. Dia pun saya tengok dah bertambah kurus”, katanya ketika di sidang media khas bagi menghuraikan isu filem KL Gangster 2 telah dibocorkan di internet.


Dalam pada itu juga ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail yang turut hadir pada sidang media itu juga memberitahu bahawa Syamsul asyik berkurung didalam biliknya sahaja sejak kejadian itu berlaku.

    “Dia asyik berkurung dalam bilik. Katanya dia nak berjuang habis-habisan. Dia nak padamkan link-link yang keluar di internet”, katanya.


KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor. Filem inijuga secara eksklusifnya bakal menemui para penonton di 100 buah pawagam seluruh Malaysia mula 3 Oktober ini dan sebanyak 7 pawagam di Singapura.



SUMBER

Full Movie KL Gangster 2 (2013)


KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat.Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek.Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri.Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?

p/s:kami tidak meletakkan link atau embed cerita kl gangster 2 tersebut.

Video Trailer :

Surau Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi Dirobohkan


KOTA TINGGI – Kontroversi sebuah surau di pusat peranginan di Kampung Sedili Besar di sini yang mencetuskan kemarahan penduduk kerana membenarkan penganut agama Buddha melakukan upacara keagamaan dirobohkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, surau tersebut dirobohkan oleh pemilik pusat peranginan itu sendiri.
“Kerja-kerja meroboh surau dimulakan dengan membuka bumbung diikuti dengan struktur utama bangunan termasuk kerja-kerja mencabut dan meleraikan sistem pendawaian elektrik,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, kerja-kerja merobohkan surau yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu terpaksa ditangguhkan pada pukul 3 petang semalam kerana hujan dan akan disambung semula hari ini.
“Surau tersebut sudah 80 peratus dirobohkan dan saya yakin isu ini sudah selesai,” kata beliau.

Pada 12 Ogos lalu, beberapa akhbar mendedahkan klip video yang tersebar melalui Facebook mengenai aktiviti sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di surau tersebut.
Pendedahan tersebut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sehingga seorang rakyat Singapura yang merupakan pemilik pusat peranginan itu dilucut taraf pemastautin tetap (PR) oleh Kementerian Dalam Negeri.
-kosmo

Mayat Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang Ditemui


Polis semalam berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah kereta yang dihempap timbunan konkrit dalam kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung malam kelmarin.

Mayat mangsa, Tajuddin Zainal Abidin, 45, ditemui pasukan penyelamat dalam kereta yang dihempap batang besi dan konkrit kira-kira pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun, mayat mangsa yang tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas hanya dapat dikeluarkan pada pukul 8.40 malam iaitu selepas 25 jam operasi menyelamat dilakukan.

Tajuddin ditemui dalam keadaan telangkup pada papan pemuka (dashboard) kereta jenis Perodua Kelisa setelah kerja-kerja menyelamat dilakukan sejak malam kelmarin.

Kereta mangsa remuk akibat dihempap beberapa batang besi dan konkrit seberat kira-kira lebih 200 tan manakala tubuh mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat terkena runtuhan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana timbunan konkrit tersebut agak besar dan berat.









SUMBER
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved