Recommended Post Slide Out For Blogger

'KL Gangster 2' Kutip RM 3 Juta 4 Hari Tayangan


Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM3.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan bermula 3 Oktober lalu termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu.
 

Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, biarpun jumlah kutipan tersebut hanya mampu meraih separuh daripada sasaran awal, namun dia masih tetap bersyukur.

“Alhamdulillah setakat empat hari ini sudah mencapai RM3.1 juta namun jika diikutkan sasaran awal kita lebih daripada jumlah itu.

“KL Gangster dulu empat hari sahaja sudah mencapai RM6 juta lebih, bagaimanapun saya bersyukur kerana dalam situasi filem bocor ini masih ada lagi yang datang ke pawagam untuk beri sokongan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Yusof berkata, beliau menyasarkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.

Katanya, promosi yang cukup kuat dijalankan sepanjang tayangan ini juga menjadi strategi akhir pihaknya untuk menarik penonton ke pawagam.

“Kutipan itu mungkin sudah memadai bagi filem yang bajet rendah ditambah industri filem yang lembab sekarang tapi saya hanya pasrah dan bersyukur.

“Saya berharap pihak kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan isu cetak rompak ini ambil iktibar dan tindakan segera agar tiada pihak yang menanggung kerugian lagi,” katanya.

KL Gangster 2 telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak dan telah mengutip sebanyak RM700,000.

ARTIS : Kontroversi Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Bakal Terjawab Jumaat Ini


Pelakon Aeril Zafrel memberitahu, kenyataannya selama ini yang menggunakan agama bukan untuk dilihat seperti ‘budak baik’ semata-mata untuk menyembunyikan isu perkahwinan rahsianya dengan aktres Wawa Zainal.


Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, menjadi perkara normal untuk dia menyelitkan unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian dan berharap tiada pihak yang salah sangka.

"Saya tidak pernah menggunakan agama atau ayat suci al-Quran untuk mempertahankan diri dalam satu-satu hal. Bagaimanapun menjadi perkara normal untuk mengaitkan hal agama dalam perbualan kita.

"Kadang-kadang apabila berborak dengan kawan-kawan pun saya bercakap mengaitkan agama," tegasnya yang ditemui di set penggambaran telefilem Kecoh Kuih Semperit di Tasik Ampang Hilir di sini pada Selasa.

Pada Ahad lalu sebuah akhbar menyiarkan laporan eksklusif kononnya Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 22, pada 4 Februari lalu secara senyap.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikatakan telah mendapat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang lahir pada 24 Ogos lalu. Sebelum ini Wawa dikatakan pulang ke negeri kelahirannya di Sabah untuk berubat kononnya terkena buatan orang.

Ketika ditemui media pada Selasa, Aeril bersikap terbuka memberi kerjasama untuk menjawab pelbagai soalan selepas gagal dihubungi sebelum ini.

Sementara itu, Aeril mendakwa kontroversi berkenaan merupakan satu strategi yang dilakukan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkannya namun dia enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan.

"Perkara ini timbul kerana ia adalah satu strategi untuk menjatuhkan saya dan sekarang ini saya ada hak untuk berdiam diri. Perkara ini impaknya besar kerana ia menjatuhkan maruah saya.

"Tiada istilah saya mahu lari daripada semua. Kata Imam Syafie; Berkatalah apabila kamu yakin dan jika kamu ragu-ragu maka kau berdiamlah.

"Biarlah saya bersedia sepenuhnya untuk menjawab segala persoalan dengan tenang pada Jumaat ini," tuturnya.

Ditanya adakah sesebuah perkahwinan itu terlalu peribadi untuk disahkan Aeril berkata, Tuhan mahu menguji imannya sama ada dia seorang yang reda ataupun pemarah.

"Untuk beberapa hari ini biarlah semua orang tertanya-tanya. Sama ada orang mahu mencaci dan membenci, biarlah saya hadapinya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya," ujar Aeril.

Pelajar Cedera Parah Dirotan Di Madrasah


Hanya kerana gagal menjawab soalan yang ditanya, seorang pelajar di sebuah madrasah di Jengka, Pahang didakwa telah dirotan sehingga tisu pahanya koyak dan terpaksa menerima 30 jahitan.



Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.

Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.

Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.

Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.

Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.

Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.

Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.

“Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak
mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.

Katanya, anaknya kini trauma dengan apa yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari madrasah terbabit.

Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

“Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun, kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos perbelanjaan perubatannya,” katanya.

Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa.

Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.

Turut mengecewakannya apabila pihak madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku.

TAKZIAH ! Anak Penjaga Gol JDT Meninggal Dunia


Anak sulung penjaga gol utama skuad Johor Darul Takzim (Johor DT), Adam Farish Muhammad Al-Hafiz Hamzah, 2, meninggal dunia, kira-kira jam 3 pagi tadi.

Adam Farish yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) meninggal akibat akibat komplikasi paru-paru.

Muhammad Al-Hafiz yang berada di Kelantan bagi perlawanan suku akhir kedua menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini, tidak akan diturunkan.

Beliau kini difahamkan dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru.

‘KL Gangster 2′ Kutip RM700,000 Termasuk Tiga Hari Tayangan Awal


PETALING JAYA: Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM700,000 menerusi tayangan tengah malamnya pada Khamis (malam tadi) termasuk tiga hari tayangan awal dari 27 hingga 29 September lalu.
Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, mengikut ramalannya, beliau yakin filem berkenaan mampu mendapat sokongan peminat filem tempatan walaupun ia sudah dicetak rompak.
“Berdasarkan kepada kutipan itu, saya percaya filem ini mampu menarik perhatian orang ramai terutama sekali kepada mereka yang menantikan hasil karya arahan anak saya, Syamsul,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Khamis.
Filem berkenaan sepatutnya ditayangkan pada Khamis tetapi telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak.
Yusof berkata, kutipan bagi 100 buah panggung untuk tayangan larut malam menyaksikan pihaknya memperoleh RM200,000.
Malah berdasarkan tayangan berkenaan, kebanyakan panggung menunjukkan jumlah penonton yang ramai sekali gus melegakan hatinya selepas bimbang karya itu tidak mendapat sambutan.


“Alhamdulillah… saya dapat lihat momentum yang baik terhadap filem ini walaupun karya saya sudah dicetak rompak,” katanya.
Yusof berkata, beliau mengharapkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.
Walaupun tidak meletakkan harapan tinggi kerana sebahagian penonton mungkin sudah menyaksikannya lebih awal melalui Internet akibat sabotaj, tetapi Yusof percaya filem itu akan berjaya menarik penonton ke pawagam.
Sementara itu ditanya bagaimanakah keadaan Syamsul ketika ini Yusof memberitahu, anaknya itu masih tidak dapat menerima karyanya disabotaj.
Katanya, Syasmul juga tidak mahu diganggu sebaliknya mengambil pendekatan untuk menyendiri kerana dia amat kesal dengan peristiwa berkenaan.
“Saya mahu anak saya terus berjuang untuk menghasilkan filem-filem lebih hebat selepas ini dan berharap kejadian yang berlaku bukanlah alasan untuk dia patah semangat,” katanya.

PELIK : Potong Jari Untuk Tipu Keluarga



Gara-gara mahukan wang segera, seorang lelaki nekad memotong sendiri jari telunjuknya dan menghantar cebisan itu kepada ibu bapanya dengan mendakwa dia menjadi mangsa culik.
Menyangka ia langkah yang cerdik, lelaki berusia 31 tahun itu turut cuba meyakinkan keluarganya kononnya dia hanya akan dibebaskan jika wang tebusan dibayar.
Bagaimanapun helah lelaki dari Hubei itu gagal.

Sebaliknya dia kini ditahan polis atas dakwaan memeras ugut.
Polis berkata, turut ditahan ialah dua rakannya yang bersubahat merancang dan melaksanakan helah itu.
Jurucakap polis berkata, lelaki terbabit dikenali sebagai Chenmou Huang.

“Chenmou dan dua rakannya tidak bekerja dan sangat pemalas,” katanya.

Beberapa hari lalu, katanya, mereka berbincang cara mendapatkan wang segera dan kemudian timbul idea mengenai ‘penculikan’ berkenaan.

“Untuk menampakkan rancangan itu benar-benar terjadi, rakan Chenmou memotong jari telunjuknya dan menghantar keratan itu bersama nota tuntutan wang bernilai 120,000 yuan (RM62,664),” katanya.

Melihat jari itu, kata jurucakap polis, ibu bapa Chenmou menghubungi polis dan selepas disiasat pembohongan itu akhirnya terbongkar.

Mati Digilis Keretapi Ketika Melakukan Hubungan Seks

Gambar Hiasan

Perbuatan sepasang kekasih yang gemar melakukan perkara mencabar berakhir dengan tragedi apabila digilis kereta api ketika melakukan seks di landasan kereta api.Pasangan berkenaan yang dalam perjalanan pulang berhenti sejenak di landasan kereta api untuk melakukan hubungan seks.
 

Si wanita yang berusia 30-an maut selepas digilis kereta api di bandar Zaporozhye pagi Sabtu lalu, manakala pasangannya yang berusia 40-an terselamat, tetapi kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong akibat cedera teruk. Kementerian Dalam Negeri Ukraine, yang mengumumkan kemalangan berkenaan berkata, pasangan terbabit gagal menahan nafsu berahi mereka dalam perjalanan pulang. Mereka ingin menikmati pengalaman melakukan hubungan seks dekat landasan kereta api, tetapi gagal menyelamatkan diri apabila kereta api muncul, lapor agensi berita Russia, RIA Novosti.Laporan Yahoo News pula mengatakan pasangan terbabit dikatakan mabuk ketika kejadian.Menurut sumber, pasangan berkenaan dalam perjalanan pulang daripada menghadiri parti di kediaman rakan sebelum memutuskan untuk berhenti sejenak di landasan itu. - Agensi

Wanita Tidak Sedar Dadah Dalam Baju Dalam

Gambar Hiasan





Dubai: Seorang penumpang kapal terbang dari Thailand semalam dihukum penjara 10 tahun kerana menyeludup 1.2 kilogram kokain yang disembunyikan dalam coli serta bungkusan diikat pada kakinya.

Hakim turut mengarahkan wanita terbabit membayar denda Dh50,000 (RM44,037) dan bakal diusir selepas menamatkan tempoh tahanan.


Dalam perbicaraan, tertuduh mendakwa tidak tahu-menahu mengenai dadah berkenaan ketika dia ditahan sejurus selepas tiba dari Brazil pada 8 April lalu. Penahanan itu dibuat selepas pegawai penguat kuasa mencurigai saiz payu dara tertuduh yang lebih besar daripada biasa.

Polis juga curiga apabila kaki wanita terbabit lebih besar berbanding sepatutnya. - Agensi

Benarkah Mr.Bean Peluk Agama Islam ?




Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Mr Bean Masuk Islam Selepas Tonton Innocent Of Muslim

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai ‘Mr Bean’ memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.

Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.

Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya.
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved