Recommended Post Slide Out For Blogger

BAHAYA KEDAI MAMAK !


Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.

Hanief: Saya tak berapa pasti pula.

Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.

Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan ubat-ubatan lagi.

Uncle M: Tahu tak mana puncanya?

Hanief: ...

Uncle M: Kedai Mamak.

Hanief: Haha... Kedai Mamak?

Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.

Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?

Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.

Hanief: Hahahaha...

Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.

Hanief: Dah pulih ke dia?

Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.

Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?

Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!

Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.

Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?

Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.

Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?

Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.

Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia. Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?

Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?

Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.

Hanief: Logik juga ya?

Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kau fikir-fikirkanlah lepas ni.

Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.

Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India. Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar racun serangga dia tinggi.

Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu jual di pasar.

Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.

Hanief: Painkiller ke?

Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant. Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh tarik.

Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red Indian di Amerika dulu.

Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.

Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?

Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia?

Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang

INFO : Al-Quran Diseleweng Dalam Aplikasi iPhone


Teknologi hari ini dapat membantu kita menjadi muslim yang lebih baik. Misalnya, kita masih boleh membaca dan mendengar al-Quran dengan hanya membuka aplikasi dalam telefon genggam.

Begitu pun, berhati-hatilah kerana sudah terdapat beberapa kes di mana al-Quran cuba dipesongkan oleh pihak tidak bertanggung jawab.
Laman myinfonewspaperss.blogspot.com mendedahkan, aplikasi yang dinamakan ‘The Holy Quran, Arabic Text and English Translation’ didapati telah menyeleweng apabila Surah Al Imran ayat 6 mengulang  ’bil haq’ sebanyak tiga kali sedangkan, tiada perkataan berkenaan dalam Masyaf Uthmani.


Menurut keterangan pada aplikasi yang ditawarkan oleh iPhone App Store itu, ia diterjemahkan oleh ‘Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community’.
Justeru, marilah kita sama-sama berpesan agar pemilik android atau iPhone tidak tersilap langkah dengan memuat naik aplikasi yang dibawakan oleh komuniti Ahmadiyyah / Qadiani ini.
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Qur’an Surat Al-Hijr ayat 9)

Masak Mayat Suami Untuk Menghapuskan Bahan Bukti


 Beijing - Seorang wanita ditangkap kerana mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan dalam usaha untuk melupuskan bukti.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.
Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu’an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru.
Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk tekanan tinggi.


Dia memotong mayat suaminya dan memasaknya di dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak.
Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.


Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap.


Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat. - Agensi

PELIK : Tikus Menjadi Makanan Istimewa Vietnam

HANOI, Vietnam - Daging tikus menjadi makanan istimewa buat penduduk Kampung Canh Nau yang terletak 40 kilometer dari sini.

Tikus dijual pada harga 80,000 dong (RM12.01) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk dijadikan makanan.

Menurut media tempatan, kampung itu dikenali sebagai Kampung Tikus kerana secara puratanya, seratus kg tikus dijual pada setiap hari.


Tikus dimakan oleh penduduk kampung tersebut sebelum ini kerana kemiskinan.

Namun, daging haiwan itu menjadi makanan istimewa pada setiap penghujung bulan.

Tikus ditangkap dengan menggunakan perangkap, jaring dan baldi.





Pelajar Perempuan Parah Selepas Cubaan Terjun Bangunan Sekolah


KUANTAN - Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira di sini parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superitendan Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.

Bagaimanpun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian.

"Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti,” katanya. - Bernama

NGERI : Kilang Proses Mayat Manusia

Sebuah kilang di Rusia menjalankan operasi penuaian buah pinggang, kornea mata dan lain-lain bahagian badan manusia untuk dijual.
Semua anggota badan ini dikutip dari pemandu mabuk yang meninggal dunia dalam kemalangan kereta, orang yang tinggal bersendirian yang telah dibekukan yang mati dalam musim sejuk, penjenayah yang dikenakan hukuman mati atau kematian yang tidak dapat dijelaskan dan badan-badan yang tidak dituntut.
Beberapa bahagian badan dan tulang dijual kepada Universiti dalam pelbagai bahagian ke seluruh dunia. Tulang dan kaki dieksport ke farmasi di Ireland dan Jerman untuk membuat gigi.
Selain daripada Rusia, India juga dikenali sebagai tempat menuai bahagian-bahagian manusia untuk eksport.




INFO : Perbezaan Kitab Al-Quran Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah


Di dalam ajaran Syiah, mereka mempercayai bahawa Al-quran yang ada sekarang ini sudah diselewengkan. Maka bagi mereka tidak ada lagi faedah terhadapnya. Mereka lebih mempercayai dan mengimani dengan apa yang dituturkan oleh Imam-Imam mereka kerana mereka mempercayai bahawa kata-kata imam mereka adalah wahyu daripada Allah swt.

kitab Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.
 

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk.


Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.


Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.


Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya.”
Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam.


Syiah


Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.
Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya ‘surah al-Wilayah’. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.


Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) ‘Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)’ pada muka surat 180.


Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.
Wallahualambissowab…


sumber

Subhanallah!!Ayat Al-Quran Menjadi Penyelamat Mangsa Rogol


JEDDAH: Seorang mangsa perogol bersiri berkata beliau membaca ayat al-Quran untuk menghentikan penyerang mencabulnya, lapor akhbar al-Madinah kelmarin.

Akhbar Arabnews melaporkan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu memberitahu akhbar itu yang beliau berjaya melindungi dirinya daripada serangan perogol itu dengan membaca lima surah kitab suci itu yang dipelajarinya secara bersungguh-sungguh.

"Setiap kali beliau menghampiri, saya mula membaca al-Quran dan penjahat itu melepaskan saya,” katanya.Kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai MMS memberitahu perogol itu meminta beliau berhenti membaca al-Quran tetapi apabila beliau enggan mengikut arahannya, perogol itu memukul mukanya.

"Kerana bacaan ayat suci itu beliau enggan menyentuh saya,” katanya.Mangsa diculik semasa menghadiri majlis perkahwinan dan dilarikan ke rumah perogol.Lelaki itu menolak mangsa ke dalam rumah dan mengunci pintu.

"Perogol itu kemudian menyerang saya tetapi saya mula membaca ayat al-Quran,” katanya.Mangsa kemudian ditinggalkan di klinik berdekatan di daerah Al-Muntazahat.

FAKTA : Fakta Semut Berhenti Apabila Bertemu Semut Lain



T.C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.

Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanan nyer.

Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).
 
 
 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved