Recommended Post Slide Out For Blogger

Trend Bengkakkan Dahi Di Jepun






Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’

Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.

Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic's Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.


Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!”Apabila masuk sepenuhnya, kesan jaram itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan. 

John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang melilih dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih.”

Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.

“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.

Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.


“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya.

(INFO) Kelebihan Cendawan Dari Segi Kesihatan

Di Malaysia kini hanya ada 10 orang pakar cendawan, sekiranya bilangannya lebih ramai, ia mungkin dapat merancakkan ekonomi negara dan tidak semata-mata bergantung kepada import cendawan dari China.

Bayangkan di China sahaja terdapat lebih 100 pusat penyelidikan cendawan.

Negara kita hanya mengeluarkan 24,000 kilogram cendawan sedangkan permintaan sebenarnya ialah 50,000 kg.

Jika penanaman cendawan dapat dikomersialkan lagi kita tidak perlu mengimportnya. Selain itu, penambahan pusat penyelidikan baru mungkin dapat menghasilkan penemuan baru khasiat cendawan.

Asal cendawan cukup unik. Ia dikatakan ditemui oleh penduduk desa Perancis sebagai sumber makanan dan perubatan pada ratusan tahun dahulu. Mereka menanamnya di gua kerana tumbuhan itu memerlukan suhu yang lembap dan sejuk.

Malah rekod sejarah awal China menunjukkan cendawan digunakan untuk perubatan tradisional dan pada lukisan klasik China. Alat kebesaran maharaja turut mempunyai corak cendawan.

Cendawan sebenarnya mempunyai banyak khasiat dari sudut perubatan.

Ia mampu memulihkan penyakit batuk, merawat gastrik dan mengawal tekanan darah kerana ia kaya dengan zat besi, mineral dan amino serta antioksida.





Kini dianggarkan terdapat 15,000 jenis cendawan daripada 1.5 juta kulat yang wujud. Tetapi terdapat ratusan ribu lagi yang belum ditemui dan tidak mempunyai nama.

Menyentuh mengenai komersialisme cendawan pada masa hadapan, tidak mustahil terdapat aiskrim cendawan dan coklat cendawan yang dijual di pasaran.

Jika sekarang terdapat minuman cendawan dalam tin, tidak mustahil tidak lama lagi kanak-kanak dapat merasai kelazatan aiskrim cendawan.


SUMBER

(5 GAMBAR) Bayi Yang Dipam Melalui Lubang Tandas














(9 GAMBAR)Kucing Di Jadikan Makanan Di China











(9 GAMBAR)Kucing Di Jadikan Makanan Di China

(INFO) Kesan Buruk Letak Dompet Di Poket Belakang




Mesti ramai di kalangan lelaki yang suka meletak dompet di belakang poket seluarnya bukan? Memang ramai memang tak dinafikan. Sudah tentu apabila duduk mereka juga akan duduk di atas dompet itu bukan? Tapi ramai yang tak tahu akan kesan buruk yang berlaku jika duduk di atas dompet dalam jangka masa panjang.




Sebenarnya meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

(GEMPAK) 5 Kanak-Kanak Memiliki Kebolehan yang Luar Biasa


 1.King Ung-Yong :Manusia dengan IQ tertinggi di dunia



2. Gregory Smith : Mendapat penghargaan novel pada usia 12 tahun


 3. Akrit Jaswal : Doktor bedah berusia 7 tahun


 4.Cleopatra Stratan : Penyanyi berusia 3 tahun dengan gaji 1000€ per lagu


5.Aelita Andre : Pelukis berusia 2 tahun

(8 GAMBAR)Majlis Resepsi Perkahwinan Anak Perempuan Rosyam Noor, Arniesha Azureen & Hafiz









 
Copyright © 2013 | Pen Retak Blog | All Rights Reserved